06 November 2018

BOLEH BAGI HARGA KAWAN-KAWAN DAN ADIK BERADIK TAK?


Bang, bagi harga kawan-kawan dah laa..

- Owhh boleh, tapi harga kawan-kawan memang lain sikit dia punya harga. Kalau harga harga runcit tu rm 57.50 sebotol, dia selalunya akan bayar je rm 60.00

Harga adik beradik boleh bagi berapa encik ?

- Harga adik beradik lagi dahsyat kalau kau nak tahu. Harga barang rm 57.50, dia sanggup je beli dua botol, bayar rm 130.00, keep the change. Siap pesan suruh bagi baki bayaran tu untuk belanja anak-anak

Harga kasih sayang ?

- Harga kasih sayang pun sama lah. Kadang- kadang orang nak bank in kat cdm, note 5 ringgit tak lepas masuk. Dia bayar lebih rm 70.00 kaa, kita nak pulangkan lebihan melalui transfer online.. dia kata tak payah.. tolong masuk tabung masjid ajerr lah katanya



Sekarang, awak nak bayar harga mana sekarang?

Abuya nasihatkan awak beli harga runcit ajer lah berbanding harga kawan-kawan, adik beradik ataupun kasih sayang yang awak pinta

Support la member berniaga saudara, tak jadi kaya raya lagi pun dia kalau kau beli 2-3 items bayar ikut harga runcit tu dengan dia, ok

Apa yang kawan jual, beli lah. Support bisnes member-member, saing sobat

Ini tak, rela beli dari orang yang tak kenal walaupun barang sama. Malah tak suka kalau kawan dapat untung.

Kau tahu, kau beli barang kawan kau jual kau dapat dua pahala.

Pertama, kau gembirakan dia.

Kedua, mengukuhkan persahabatan.

4 comments:

  1. huhuhu betul tu betul, asyik mintak harga kawan kawan ja taksyok juga

    ReplyDelete
  2. kalau betul nak support bisnes membe, takkan sampai hati punya minta harga kawan2. hahaha

    ReplyDelete
  3. Bila mintak harga kawan-kawan, nampak dah kat situ tak support member hmm.

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.