03 June 2018

Harga Murah Kalah GST

Teringat minggu lepas ada orang tanya harga VITAMIN C dan ESP  iaitu salah satu barang mujarab dengan izin Allah untuk membantu melegakan gastrik atau bantu ibu menyusu dan hamil. Yang buat aku terkejut ialah harga yang diberitahu dijual di  Lazada ialah RM 115???? Terlalu murah dari harga ahli, bawah paras harga ahli sebenarnya dan ia amatlah melanggar undang-undang! Waaa ni siapa punya kerja ni? Pengedar mana buat khianat main harga dan jatuhkan nilai pasaran ni yer? Baik mengaku. Ingat! Shaklee pernah jatuh terduduk sebab masalah ni lah yang runtuhkan pasaran


Ini bukan kali pertama, sebenarnya memang dah banyak kali pengedar-pengedar yang tak bertanggungjawab ini melakukan kerja terlarang. Lempar batu sembunyi tangan. Berselindung di sebali e-dagang. Yang terkena tempiasnya ialah kami pengedar yang jujur ini. Kerana nila setitik rosak susu selori! Ingat, kamu buat kerja terkutuk tersebut, itu kalau tak kena tangkap, boleh lah hidup. Cukup jam, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kena trace dengan Shaklee, makan saman lah jawabnya

Dan untuk sekalian pengguna tegar, peminat atau pembeli setia Shaklee. Satu peringatan keras untuk anda jika anda membeli di lazada, shoppee, zalora atau sekalian e dagang yang wujud di negara ini, anda sebenarnya tidak layak mendapatkan konsultasi cara makan, nasihat penggunaan dari pengedar -pengedar yang sah. Dalam bahasa kasarnya, jika anda datang bertanyakan aku tentang cara makan sedangkan anda membelinya di e-dagang, aku akan jawab ( hah, pergilah tanya kat lazada tuh!!). Kepada rakan-rakan pengedar juga diharapkan bertegas dengan pembeli seperti ini. Bukan tak nak share ilmu atau nasihat. Kita semua pun tahu ilmu itu patut di kongsi. Tapi ini bab mengambil kesempatan dalam kesemputan. Takkan nak biarkan diorang ni berleluasa? Sedekah ilmu bab lain, bertegas bab lain, ok!

Satu hal lagi diingatkan kepada pembeli setia di e-dagang, bukan sedikit kes-kes vitamin fake, rosak atau tamat tempoh yang dijual di situ. Vivix cair macam sirap, Omega guard lembik melekat-lekat dan banyak lagi. Kalau ada yang tak kena dengan kesihatan anda, jangan marah sesiapa. Tak usah nak acah-acah viral.. Ye lah, orang yang jual kat situ kadang-kadang jual stok lama bawah katil diorang yang tamat tempoh, nak laris cepat jual bawah harga ahli. Jika anda membeli di sana dan terkena dengan kes-kes seperti ini, ke mana anda mahu tuju? Saat itu anda tidak boleh claim kerosakan atau saman Shaklee, sebab anda sendiri yang cari fasal! Kalau anda nak viralkan sekalipun, Shaklee tak bertanggungjawab! Nak marahkan mana-mana pengedar pun tak boleh sebab anda tak beli dengan diorang. Pergi lah marah kat lazada, okkay!

1 comment:

  1. masalah sbnr bila ada yg main harga. sbb tu bisnes tak boleh nk sustain.. sbr lah..terus tingkatkan marketing..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.