bahejabella: Misteri Menahan Rindu

Misteri Menahan Rindu

/
5 Comments
June 09, 2017
Sebelum ni entri menahan rindu . Sekarang part 2 pulak tapi bukan cerita bersambung. Ni cerita mimpi. Mimpi aku! Sungguh pun kata orang mimpi itu mainan tidur, tapi mimpi kali ni lain sikit. Ia disusuli dengan kehadiran insan di dalam mimpi itu ketika aku hampir sedar

Mungkin.... terlalu menahan rindu agaknya. Mungkin.. nak beritahu khabar sesuatu. Mungkin... nak ingatkan dan sedarkan aku dari kelalaian. Mungkin, arghhh berapa banyak mungkin daa

Mulanya....

Ada satu ketika Allah hadirkan rindu yang bersangatan terhadap arwah ayah. Mungkin (mungkin lagi) kuat berkhayal dan terbayang-bayang di kesiangan hari sehingga lah membawa ke alam mimpi di sebelah malamnya

Lama betul jumpa ayah dalam mimpi, banyak hal dilakukan bersama (tapi satu hal pun aku dah tak ingat) sehingga menangis dan tangisan itu terasa basah dimata dan bantal.  Selalu tidur keluar air liur basi tapi hari tu keluar air mata. Menangis yang sungguh-sungguh. Sukar untuk diberhentikan. Padahal dalam mimpi tu, bukan ayah ada pukul aku atau menyakitkan aku pun

Penutup mimpi itu, tanda ianya dah hampir tamat dan telah masuk waktu Subuh, entah siapa la yang Allah hadirkan untuk menjentik hidung sang pemimpi ini. Aku rasa ayah kot, takkan Malaikat. Siapalah aku ni insan banyak dosa, Malaikat nak datang kejut

Dan hidung aku benar-benar sakit kesan dijentik. Subuh dah lewat mungkin, sebab tu kena jentik. Mujur ayah tak starlite dahi atau bagi penampor. Kalau tidak, mahunya menangis 3 hari 3 malam.. hehe

Saat terjaga.. mata pemimpi ini masih basah dan hingga ke hari ini masih terfikir akan maksud semua kejadian malam itu. Mungkin dah lama tak pergi pusara ayah atau ayah nak suruh doakan dia banyak lagi. Atau.. ayah rindu aku jugak

AlFatihah buat arwah ayah (Yusof bin Abdul Latif bin Awang, 1945-2008) dan buat semua ibu bapa kita yang disayangi. Semoga jasa dan pengorbanan mak ayah kita dibalasi syurga tanpa hisab. Ameen



Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu..
Tanpamu.. ku kan rapuh




You may also like

5 comments:

  1. Mimpi org yang kita syg selalu macam tu kan? Berakhir dengan tangisan dalam tido..untung nizam dpt mimpi arwah ayah..

    ReplyDelete
  2. Mungkin ada sssuatu yang ingin disampaikan ...

    ReplyDelete
  3. ermmm perasaan tu pernah hadir.. Allahuakbar..rindu arwah abah

    ReplyDelete
  4. pernah dengar ustad cakap klu perasaan rindu tu datang sedekah Al Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  5. Pernah mimpi sampai basah bantal sebab nangis..mimpi tu seolah-olah macam alam realiti..

    ReplyDelete