bahejabella: TERGEDIK GEDIK DI HADAPAN KA'BAH

TERGEDIK GEDIK DI HADAPAN KA'BAH

/
5 Comments
December 13, 2016
Teringat aku semasa mula-mula masuk dalam kuliah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki membicarakan perihal adab menuntut ilmu. Seiring mengajar bab adab, beliau sungguh-sungguh menekankan secara langsung kepada kami akan tingkah laku / adab / gerak geri semasa dalam majlis ilmu tersebut

Beliau menegur dari sekecil-kecil adab yang mungkin selama ini orang tak sedar boleh memberi kesan kurangnya barakah dalam menuntut ilmu. Beliau cukup pantang orang yang tak boleh duduk diam, kejap-kejap nak gerak, main pen, tidak fokus, berbual, pusing kiri pusing kanan, letak pen atas kitab/ AlQuran, sekejap bersila sekejap bersimpuh, 10 kali keluar masuk dewan nak pergi tandas hatta jika sebatang jarum halus diletakkan atas kitab/buku pun beliau sangat pantang

Bukan bermakna telah mendapat dosa besar atau terus masuk neraka, tetapi hal itu akan mengurangkan keberkatan ilmu dan nampak kurang berakhlak. Bukan sekadar nampak kurang adab di hadapan Syeikh, akan tetapi dengan ilmu itu sendiri. Macam nak tak nak ajer


usai kuliah, pergi ziarah Syeikh Nuruddin di rumah tetamu Kedah

Begitulah juga adab yang sangat patut dijaga dihadapan Baitullah, Ka'bah. Tak kira la semasa tawaf, umrah atau menunaikan fardhu haji. Memang betul kita teruja dan ghairah berada di hadapan ka'bah apatah lagi jika pertama kali atau sudah memasang impian yang sudah lama menjejakkan kaki ke sana. Tapi ia tidak bermaksud terpaksa melanggar adab sopan ketika berada di hadapannya

Tolonglah bezakan Ka'bah dan sekalian tempat lain di dunia ini. Tergedik gedik, terlompat lompat ambil gambar dan buat peace rasanya perangai yang perlu ditinggalkan. Boleh je selfie, tapi agak-agak la..Itu belum lagi kalau terjumpa artis kat Makkah atau depan Ka'bah. Agak-agak mana lebih teruja, bertemu Allah atau bertemu artis?

Bukanlah bermaksud sudah dapat dosa besar atau bala dari Allah , atau amalan tak diterima...bukan..bukan... 

Tapi, cuba bayangkan kita berada di istana, di hadapan singgahsana menghadap Sultan pulak tu, agak-agak berani tak kita nak sentuh-sentuh barang-barang dalam istana, terlompat , tergedik-gedik dalam istana tu? Entah entah , depan Sultan pun tergagap gagap nak berbicara. Nak sebut patik terkeluar patuk. Nak sebut hamba terkeluar beta. Nak angkat muka pun terketar-ketar walaupun Sultan itu manusia biasa

Apatah lagi.. di hadapan Allah..???????


kenangan terindah paling mengusik jiwa.. nothing beats the place...


Tuhan... sampaikan aku lagi ke sana..




You may also like

5 comments:

  1. Sesiapa pun yang diizin Allah dapat sampai dan melihat Kaabah depan mata...hargailah sebaiknya....sebaik-baiknya..sehabis baik..SEDIAKAN DAN SERAHKAN DIRI pada Allah beratus peratus...tidak salah untuk mengabadikan sedikit kenangan..adab jangan ditolak tepi..

    ReplyDelete
  2. moga ada kesempatan jugak untuk ke sana...

    ReplyDelete
  3. setuju.. dah gi ye ceramah Syeikh Muhammad Nurrudin? bestnya dapat peluang tu.. nak gi dengan anak-anak kecik jd segan bila tau adab masa majlis ilmu dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. setiap kali musim bulan Ramadhan, Syeikh Nuruddin selalu turun ke Cairo untuk bagi kuliah selepas Asar

      Delete