bahejabella: Adik Si Perampas Kawasan

Adik Si Perampas Kawasan

/
2 Comments
September 08, 2016
Haa ingat kak long gangster ke nak rampas-rampas kawasan ni.. Ni cerita si adik, naurah salsabeela yang semakin hari makin mencuit hati tuu ha. Mentang-mentang la sekarang dah pandai bercakap pot pet pot pet, dah habis musim menyusu, dah boleh berlari laju-laju, dah pandai mengadu itu ini

Tak cukup dengan itu, adik suka sangat usik abuya, sampai tempat port abuya selalu duduk-duduk pun, tempat tu jugak laa dia nak duduk. Selalu je berebut

ni la kerusi yang abuya selalu duduk... err geram budak ni tau.. tu gaya tanda dah berjaya la rampas tempat abuya

buat hal sendiri


macam tak bersalah langsung...


kita cuba duduk... ditolak-tolaknya badan kita suruh duduk tempat lain..

haaa ... kan dah kena geletek... gelak puas-puas

sambung buat derkk  lagi


Memang betul-betul dia duduk lama-lama kat situ, berkeras tak mahu bangun. Kadang-kadang sampai tertidur kat situ jugak sampai pagi. Sanggup tak bagi abuya duduk... haha.. Sebenarnya tu cara budak-budak nak tarik perhatian ayah dia kan. Lagi dia buat derkk tu sebenarnya lagi mintak di geletek. Abuya kena la faham, kerusi lain kan banyak... ok la ok laa....

Tapiii.... abuya suka kerusi tuuu.... haha



You may also like

2 comments: