05 September 2016

Penat bekerja kan , kena lah pergi release tension sikit. Kali ni kami buat-buat tersinggah dan termenginap di Tanjung Jara Resort. Selalunya menurut saja kesukaan dan keghairahan anak-anak ni yang nak mandi kolam (walaupun yang selalu over acting ialah anak-anak punya mak bapak.. hihi). Yer lahh , aku pun nak berendam-rendam gak kan. Masa kecik-kecik main hujan, selut, banjir, ikut abang tahan pukat . Tak sempat nak merasa kolam-kolam ni semua. Tengok dalam tv je sambil berangan rumah besar gah bak istana yang ada kolam

Time dewasa ni kena tunaikan la hajat masa kecik tu. Lagi syok dengan family dan kesayangan. Takkan asyik nak stress untuk majukan negara saje, kena ada masa untuk diri sendiri jugak...hehe. Duit celah mana pun boleh dicari , masa kualiti dengan kesayangan tak boleh dibiarkan ia berlalu begitu sahaja, kalau dah terlepas tak boleh kembali. Apatah lagi anak-anak semakin membesar, rasa macam ada ruang masa-masa indah yang tak terisi, tak sempat terpeduli dan dirakami. Lagipun nak sampai ke sini bukan selalu ada peluang keemasan, kena menabung gak.. hehe. Sekali sekala je pun

Lebih kurang tiga minggu lepas kami decide nak bermalam di Tanjung Jara Resort, Dungun. Lama dah survey dan mengidam nak stay di resort ni dari tahun lepas lagi. Tapi tak kena timing sebab akhir tahun lepas , resort ditutup untuk renovation. Awal-awal tahun ni pulak sibuk sikit (sibuk apa ntah), sampai lah betul-betul ada masa nak duk bermalam disini


Jalan masuk menuju ke Tanjung Jara Resort dan bilik kami. Nampak macam masuk hutan penuh dengan flora dan fauna kan, tapi bila dah sampai resort... ermmm...speechless, sangat mempesonakan 

Tanjung Jara Resort sering tersenarai dalam list top ranking antara tempat yang wajib dikunjungi jika ingin bercuti di Terengganu atau dalam negara Malaysia. Resort ni unik dan awesone. Terletak lebih kurang 80KM dari Kuala Terengganu. Mempunyai hampir 100 bilik dengan kawasan sekitar yang sangat luas. Suasana pulak indah dan sunyi, berdekatan Pantai Tanjung Jara, sangat tenang dan sesuai untuk mereka yang nak lari sekejap dari kesibukan dan hiruk pikuk kota. Reka bentuk dan senibinanya mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu. Macam istana zaman silam pun ye jugak. Sebahagian istilah dan label-label yang digunakan juga ada iras bahasa silam agaknya. Contoh nama restoran dinamakan sebagai "Restoran Di Atas Sungei"



Ruang lobi pun cantik, siap ada gazebo untuk bersantai-santai sambil menunggu urusan di reception. Layanan staff yang mesra siap dihidangkan dengan welcome drink (air sirap limau) untuk basahkan tekak 


Antara jenis bilik yang ada di Tanjung Jara Resort. Ada yang satu tingkat dan dua tingkat. Tiga jenis bilik yang ada ialah Serambi , Anjung dan Bumbung . Kami menginap di bilik tingkat atas yang berbumbung (ada atap). Rate bilik yang berbumbung sedikit lebih murah berbanding bilik yang lain. Tapi kami diberitahu dekorasi dalam bilik semuanya sama je

aksesori tradisional di tangga sebelum naik ke bilik
aku suka menda alah ni sebab teringat rumah aku masa kecik, lepas pulang bermain waktu petang, mak mesti suruh kitorang adik beradik basuh kaki guna air tempayan sebijik macam ni 

tak sempat nak snap gambar katil yang cantik sebelum ia disepahkan oleh anak-anak... biasalaa teruja sangat masuk bilik cantik dan eksklusif, terus melompat-lompat atas katil


ni view dari katil utama tadi , malam tu kami tonton dan raikan kemenangan Dato Lee Chong Wei menentang Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir badminton, Sukan Olimpik Rio 2016.. bersorak dalam bilik jer laa kita ye..
belakang tv tu pulak ada satu lagi katil bujang..

ni dia katil bujang tu, anak-anak tidur sini yerr.... 
abuya dengan bonde tidur atas katil besar tadi dengan aman damai.. heheh

antara aksesori dan dekorasi dalam bilik dikelilingi dengan pasu tembikar ni.. risau jugak la aku kot budak-budak duk ralit main kejar-kejar, terlanggar dan pecah... mahu kempis poket nak bayar ganti rugi, kannn

sempat tengok sekeping kertas tertulis rate spa yang ditawarkan... ko rase?

apa nama mainan ni... selalu main atas kertas jer kan... haa sekarang boleh main 'X' lawan 'O' ni yang diperbuat dengan kayu... baru syokk

Toiletries dan bilik air yang sangat-sangat luas dan nampak mewah.. tub mandi yang besar duduk di tengah-tengah antara tandas dan bilik shower yang berasingan.. bersetentangan dengan bath tub tu baru lah ada sudut 2 biji sinki dan cermin besar

ni aku suka sebab ada tuala yang banyak... heaven sangat

air milo kotak besar dan air mineral beli siap-siap dari luar, selalu bawak naik sampai ke tempat penginapan sebab tak mahu guna air-air minuman yang ditawarkan dalam peti ais.. sudah tentunya caj berganda dari kedai di luar... itupun dah terbabas jugak makan dua mi cawan dan sebalang kacang... 3 menda alah tu ajer dah hampir mencecah RM 35 

teka... apa ni?
tengok gambar selepas ini

lapar... tak larat nak cari kedai makan kat luar kawasan... sebelum terjun kolam , order dulu makanan dari Restoran Nelayan dalam resort ni.. Nasi Goreng Nelayan dan Spageti Bolognise


senibina tong sampah pun mengekalkan ciri tradisi Melayu





Inilah agenda utama budak-budak dan mak bapak budak sekali lah. Berendam sampai puas. Ada dua jenis kolam kat sini. Satunya dibina di celah binaan batu dan pokok-pokok, agak privasi sikit dan tak ada kolam kanak-kanak. Satu lagi kolam lebih terbuka luas dan berhampiran pantai, ni baru syokk. View kolam ni pulak sangat indah macam bersambung dengan laut gituu... kitorang mandi sampai senja.. hehe.. tak sempat sangat nak berjalan-jalan di tepi pantai

Pagi Sabtu , hari check-out ...ni on the way nak pergi breakfast kat Restoran Di Atas Sungei , sempat singgah posing kat tempat yoga


breakfast... juadah tema Malaysia dan negeri Terengganu sangat la banyak pilihan dan sedap-sedap belaka... rambang mata jugak la nak memilihnya..


jom main kolam lagiii... 


dah nak check out... budak ni nak ikut abuya buat urusan kat lobi

antara signature tradisi Melayu

kepulangan kami diraikan dengan paluan gong... kedatangan pun disambut dengan paluan ini


Banyak lagi kemudahan yang ditawarkan di Tanjung Jara Resort. Antaranya gelanggang tennis, gymnasium , wifi percuma , parking luas , perkhidmatan limousin , pantai privasi , tempat berjemur , dobi dan luggage. Info details boleh tengok SINI  dan SINI atau korang google laa kisah orang lain yang dah pernah sampai. Antara yang menarik ,  blog ni

Ok , jom merancang weekend getaway yang seterusnya... kemana pulak kita yer?

6 comments:

  1. cantiknya tempat tu.. :) gambar pun cantik sangat.. :)

    ReplyDelete
  2. WAH SERONOKNYA BERCUTI DI TEMPAT MENARIK, MEWAH N SELESA

    ReplyDelete
  3. kalau tak salah saya, resort tanjung jara ni selalu jadi hadiah kepada pertandingan morejutaria. game show around 90's.

    ReplyDelete
  4. dulu pernah ke sana melawat kawan yang stay kat sini..
    cantek sangat kan

    ReplyDelete
  5. Wowww bestnya resort nii! Resort ni macam dekat TV je tengok. Menarik. Style dan eksklusif!

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Monthly Top Commentators

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN