Resipi Koktail Mudah

Resipi pulok.. koktail buah-buahan ni harus ramai yang sudah pakar membuatnya. Pejam mata pun boleh buat kan. Senang dan ringkas sangat. Juadah ni kerap menjadi pilihan sebagai pencuci mulut 

Bulan puasa hari tu kalau ada koktail, juadah ni dululah yang menjadi rebutan, bukan jadi pencuci mulut dah, tapi boleh berbuka kenyang hanya dengan koktail buah ni sahaja. Anak-anak buah yang ramai siap berebut, awal-awal lagi dah cop cawan masing-masing siap sedia nak isi koktail buah ni sebelum berbuka puasa. Yang dewasa pun sama... aku la tu antaranya.. heheh..

Petang tadi teringat dan termengidam pulak koktail  buah-buahan ni. Alang-alang dah pergi Giant nak beli pampers, grab skali laa buah-buahan dalam tin. Cukup untuk lepas hajat mengidam. Budak-budak pun suka. Buat untuk satu jug je. Sejukkan dalam peti ais... perghhh nikmat

Resipi Koktail Mudah


Bahan-bahan :-

- Satu suku tin susu cair 
(brand Ideal & Gold Coin)
- Suku tin susu pekat (Gold Coin)
- Sedikit garam untuk rasa lemak
- Buah Laici dalam tin
- Buah Longan dalam tin
- Buah Rambutan dalam tin
- Nata de Coco (budak-budak selalunya ambik yang ni je, buahan lain tak makan sangat)


Cara Buat Koktail Mudah

(ni resipi simple , tak ada adegan panas memanas, semua bahan dituang dan digaul sekali)

1. Buka tin buah-buahan dan nata de coco. Toskan air (syrup) dalam tin, guna buah-buahan sahaja
2. Masukkan semua buah-buahan dan nata de coco ke dalam jug. (Kalau buat dalam basin, masuk kan lah dalam basin)
3. Masukkan satu suku tin susu cair
4. Masukkan secubit garam untuk rasa lemak
5. Masukkan suku tin susu pekat
6. Sebatikan semua bahan, boleh juga tambah daun pandan
7. Sejukkan dalam peti ais dan koktail buah-buahan simple ni sedia untuk dimakan

tak colourful sangat sebab semua buah warna putih.. dah yang ni je favourite..
kalau nak buat jamuan besar, boleh la beli nata de coco tu yang warna -warni sikit, baru meriah

ratahan kali kedua dah ni...

Selamat menjamu selera.. jomm


Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
29 August, 2016 delete

sedapnya.. :)

towing services KL/Selangor/N9/Melaka
http://gg.gg/towingservices

Reply
avatar
29 August, 2016 delete

sedapnya.. :)

towing services KL/Selangor/N9/Melaka
http://gg.gg/towingservices

Reply
avatar
Along Misuari
AUTHOR
29 August, 2016 delete

Sedapnya bila dimakan sejuk...

AM selalu buat tapi susu cair AM akan panaskan dulu bersama kastad bagi pekat sikit..

Masukkan dalam peti sejuk dan cicah gan roti..sedapnya

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Reply
avatar
eima
AUTHOR
29 August, 2016 delete

saya selalu masak susu cair dengan tepung kastad sikit ...sedap ....

Reply
avatar
Normi Nieza
AUTHOR
29 August, 2016 delete

amboi..sdapnya..:)

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
29 August, 2016 delete

SEDAPNYA DIMAKAN SEJUK

Reply
avatar
29 August, 2016 delete

ye.. pernah makan yg ada tepung kastard... agak kurang menepati taste tekak

Reply
avatar
aRz MoHa
AUTHOR
02 September, 2016 delete

wah dah mula ke dapur

Reply
avatar