Anak Patung Kesayangan

Dalam banyak-banyak koleksi teddy bear dan anak patung. Ada satu yang selalu menjadi pelukan dan kerap di kelek , ditatang bagai minyak yang penuh oleh si adik naurah salsabeela ni. Patung murah je pun, beli kat giant

Dulu masa dia masih dalam perut, patung ni kesayangan kakak dia punya. Selalu panggil patung tu baby bella sebab dah bajet nak dapat adik perempuan bagi nama salsabeela. Bila bella sebenar dah keluar dan membesar, ermmm adik dia la pulak main. Sayang sangat laaa patung tu. Kadang-kadang baju sendiri pun siap dipakaikan kat anak patung tu


Tidur pun dengan baby dia tu. Moment paling syok tengok bila dia terjaga sekejap dari tidur, siap cari baby dia dan tarik semula baby tu untuk dipeluknya. Baru boleh sambung tidur


Throwback. Masa ni patung baby tu kakak baheja yang punya. Yer la, takde kawan lagi kan. Kawan dengan patung baby tu je la


Ni baby bella sebenar dah keluar beberapa bulan...Yeahh... Kakak dah ada kawan


Sekarang dah jadi kawan baik, kawan gaduh , gaduh dan gaduh lagi. Kawan tidur, kawan gelak dan kawan nangis.. Gaduh gaduh pun, kalau salah seorang takde kat rumah, mesti sorang lagi tercari cari rindu... huhu


Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
01 June, 2016 delete

Pertalian adik beradik...manis pahit silih berganti.. :)

Reply
avatar