13 April 2016

Apabila Dr Zakir Naik Cuba Dihalang Berceramah Di Malaysia

Isu program ceramah Dr Zakir Naik yang cuba dihalang oleh pihak tertentu sudah selesai dan kini telah pun dibenarkan semula untuk berprogram

Pro dan Kontra

Kemasyhuran Dr Zakir Naik yang dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2013 ini memang tidak disangkal lagi. Jasa dan sumbangan beliau mengIslamkan sekalian banyak orang adalah terpuji dan disanjungi. Kepetahan berhujjah dan mempunyai aqalan yang tinggi sangat dikagumi

Namun kemasyhuran dan karisma kepetahan hujjah beliau disusuli dan diselami pula dengan beberapa siri kontroversi dan khilaf pegangan beliau

Kemasyhuran sepatutnya tidak membuatkan kita membenarkan segala-galanya. Ya , beliau hebat dan mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Itu core business beliau. Maka tidaklah patut sebenarnya jika orang awam nak bertanyakan soalan-soalan feqah kepada beliau untuk mendapatkn jawapan. Lebih-lebih lagi soalan-soalan atau masalah feqah yang dalam-dalam yang telah lama diselesaikan oleh Imam 4 Mazhab kita dan disepakati para ulama


Isu Soalan Yuran Mahal Oleh Pelajar Medic

Kalau lah soalan fiqh pun tidak disarankan disoal kepada Dr Zakir Naik , apatah lagi soalan remeh temeh seperti isu yuran mahal bidang perubatan itu. Apatah lagi jika ia hanya nak bermotifkan politik. Ia hanya membuang masa Dr Zakir Naik sahaja. Anda telah mencuri masa 20 minit hingga setengah jam untuk Dr Zakir melayan anda. Disitu bukan medannya anda nak menyoal begitu. Salah tempat tu dik! 

Buat adik bakal doktor yang menyoal dan rakan-rakan. Zaman belajar dulu , aku sezaman dengan ramai junior-junior medic. Mereka ini hampir mencecah 5 ke 6 ribu orang yang menuntut di beberapa universiti di beberapa cawangan daerah Cairo. Antaranya di Mansurah (ni tempat hani soraya belajar , yang nyanyi lagi hujung dunia tu) , Alexaderia , Ain Syams dan di Kaherah sendiri

Kami tinggal sebumbung, satu asrama , berukhuwwah , berjiran, berprogram dan beraktiviti. Saya saksi diorang sangat struggle belajar nak jadi doktor. Yuran? Ermmm bukan setakat 2.6B 3.6K dik , tapi mencecah puluhan dan ratusan ribu. Kalaupun majoriti ramai yang dapat tajaan dan subsidi , yuran masih lagi dikategorikan mahal

Hujjah Lawan Hujjah

Biar ulama yang mempunyai keahlian dan kepakaran berhujjah dengan Dr Zakir. Kamu yang baru belajar agama hanya di skrin laptop dan buku terjemahan sahaja duduk diam-diam lah. Tak payah nak join sekali menyesatkan tokoh ini. Biar hujjah lawan hujjah. Bukan hujjah lawan nafsu atau ugutan, halangan atau sekatan! Sikit-sikit ugut, sikit-sikit halang!

Dr Zakir Naik baru sebut berkemungkinan beribu tahun dahulu perkataan 'Brahma' yang dikatakan membawa maksud Creator dalam sesetengah agama lain itu merujuk kepada Allah Yang Maha Esa...

Tak semena-semena tetiba kamu pula yang nak melatah menyesatkan Dr Zakir yang kebanyakan hidupnya berkorban diri, harta dan jiwanya menyumbang untuk agama

Penggunaan bahasa mestilah berbeza seiring mengikut peredaran masa dan zaman. Biasala tu.

Cuba tilik balik Batu Bersurat yang dijumpai di Terengganu, bagaimana adanya penggunaan 'Dewata Mulia Raya' ?

Takkan kamu mahu sesatkan orang yang terdahulu pula ? Nak kata orang-orang awal yang bawa Islam di Terengganu tu sesat sebab guna perkataan 'Dewata Raya' ? Begitukah?

[ Isi kandungan Batu Bersurat ]

Muka pertama:

RASULULLAH dengan yang arwah santabi mereka Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua:

Keluarga di Benua jauh kan Datang berikan.keempat orang berpiutang. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas. Kelima derma barang orang....(mar)dika. Jangan mengmbil tugas buat temasnya. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu. Seratus ratun jika merdeka beristeri. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan. Pinggang dihambalang dengan batu matikan. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka keempat:

..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.


Hahh? tak tercapai dek akal nak memahami bahasanya kan.. apatah lagi nak menyesat-nyesatkan...

Maaf , panjang pula bebelan aku

6 comments:

  1. Fuhhhhh... yang benar pasti akan terpancar.

    ReplyDelete
  2. semoga dpt memahaminya n mengambil ilmu drpdnya.

    ReplyDelete
  3. permasalahan dr naik zakir di tolak oleh oknum yg tak senangitu sudah biasa

    ReplyDelete
  4. dr zakir memang diberi kelebihan dari ulama lainnya

    ReplyDelete
  5. pokoknya harus bangga ada seorang muslim yg sangat pintar

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.