Tak Semua Perkara Perlu Sandarkan Nama Sunnah

Tadi ternampak junior aku (doktor perubatan yang sah lagi profesional) share satu link mengenai salah faham hadith habbatus sauda' DISINIErmmm sebenarnya dah lama sangat nak sembang hal ni. Risau juga mengguriskan hati mana-mana pihak.Apa-apa pun ampun maaf dipinta terlebih dahulu ye. Cerita secara umum sahaja lah

Tak semua benda nak kena sandarkan nama sunnah... ini sunnah itu sunnah...Kalau ikutkan, penjual kambing golek, jual kambing perap pun boleh claim kambing sunnah sebab Nabi suka makan kambing, pengembala kambing lagi. Ada hari Nabi juga makan roti , gandum , dalam rumah ada tepung... kalau macam tu boleh la pemilik-pemilik kedai runcit atau bakery nak claim tepung sunnah , roti sunnah ke? Atau tepung gandum diuli jadi cekodok, bolehkah nak caim itu cekodok sunnah? Atau nanti aku dah boring buat aiskrim choki choki, nak buat aiskrim letak kurma pulak , nanti aku buat iklan aiskrim sunnah? Macam tu kah?

Asal ada ekstrak kurma je , ekstrak kismis, terus dilabel makanan sunnah. Walhal, ekstraknya sedikit sahaja , selebihnya kandungan gula yang sangat tinggi. Katanya ada air penawar bacaan 30 juzuk Alquran. Tapi sebenarnya hanyalah bacaan dari CD alquran. Tepuk dada , tanya iman

Kalau nak ikutkan , shaklee pun boleh claim sunnah juga sebab dalam herblax ada daun senna yang direkodkan dalam kitab Tibbun Nabawi telah diguna pakai sejak era Nubuwwah (KeNabian) lagi. Dalam vita c plus dan meal shake pula ada arabic gum (manna wa salwa) yang terang terangan disebut dalam Surah AlBaqarah... Tapi pengedar tak main claim pun herblax , vita c plus dan mealshake tu makanan sunnah


Sekian bebelanku! Jangan main claim je tau!Ok
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
26 March, 2016 delete

Betul...pengguna percayakan apa yang dikongsi...apa yang dipromosi...moga selebihnya jujurlah kerana Allah itu tidak pernah tidur...

Reply
avatar
~aSHa~
AUTHOR
26 March, 2016 delete

Betul2...

Byk tul produk2 guna perkataan tu utk promosi..

Salam ziarah dr akk

Reply
avatar
~aSHa~
AUTHOR
26 March, 2016 delete

Betul2...

Byk tul produk2 guna perkataan tu utk promosi..

Salam ziarah dr akk

Reply
avatar
31 March, 2016 delete

kalau demi kebauikan ga apalah

Reply
avatar
31 March, 2016 delete

semua kebaikan di anjurkan,asal jangan yg buruk di anggap sunnah

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
31 March, 2016 delete

Kefahaman hadis tu yg salah... Amalan sebab ikutan bukan kefahaman itu yg timbulkan kekeliruan..

Reply
avatar
03 April, 2016 delete

Skrg ni ramai yg menjual agama dgn menjual produk yg didakwa makanan sunnah. Tu belum termasuk air jampi lagi

Reply
avatar