18 August 2015

GAMBAR JANIN KEMBAR DALAM TANDAS SURAU DEPAN RUMAH AKU

JANIN KEMBAR DIJUMPAI DI TANDAS SURAU KUALA TERENGGANU

Tergempar 2 hari lepas terdengar berita dalam radio , ada orang jumpa mayat janin kembar dalam tandas di sebuah surau di kuala terengganu. Ya Allah , mengucap panjang jugalah kita , urut dada sambil mulut mengomel. Sebentar tadi baru terbelek facebook abang ipar aku , haji amzad hashim , gambar dia tengah tengok janin tu. Rupa-rupanya surau yang dimaksudkan ialah surah depan rumah aku. Kampung durian burung. Dua kali la mengucap panjang sambil urut dada lagi

janin
Janin

haji amzad dan polis
haji amzad dan polis

Tu dia abang amzad (setiausaha surau) dan polis yang datang untuk menyiasat. Sekali dengar pulak orang-orang disini bercakap itu bukan janin manusia. Wah menyeramkan betul.Macam-macam yang bermain di fikiran, janin siapa ni? janin langsuir kah? Nampak betul-betul dah terbentuk macam manusia

MISTERI TERUNGKAI

Rupa-rupanya itu janin kucing. Polis dan hospital dah sahkan selepas dibuat bedah siasat , dah tersebar pun berita kesahihan

LAPORAN BERNAMA

Polis Sahkan Janin Dijumpai Di Tandas Surau, Janin Kucing
KEMAMAN, 17 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan janin yang ditemui seorang remaja di sebuah tandas surau di Durian Burung Kuala Terengganu petang semalam, adalah janin kucing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuktikan janin berkenaan bukan janin manusia.

"Maklumat awal mengatakan ia janin manusia namun hasil laporan (bedah siasat) mengesahkan ia adalah janin haiwan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Semalam seorang jemaah lelaki terkejut apabila menjumpai dua ketulan yang disyaki janin kembar di pintu masuk tandas surau berkenaan dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.

Wan Abdul Aziz turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar dan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan 

12 comments:

  1. bca tajuk dah nak emo, baca isi..okey!!, kucing punyer...

    ReplyDelete
  2. Kesian... Kucing tu.. Bikin gempak jer..

    ReplyDelete
  3. yelah kan kalau janin manusia takan lah org tu tak ambik tanam ke kan..
    kucing keguguran ...sian dia.

    ReplyDelete
  4. Ok berjaya satu uv dari kak ana ;) sian kucing tu keguguran..

    ReplyDelete
  5. tajukkk dieeeee bikin panas

    ReplyDelete
  6. ok wartawan melodi .... x jd nak ambil kes

    ReplyDelete
  7. tajuk bukan main lagi hot..tp rupanya janin kucing...hahhaa

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah bukan janin manusia..takziah pada kucing tersebut kerana keguguran..kesian dia..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah bukan janin manusia..negeri saya jugak tu trg..kesian kucing tu..

    ReplyDelete
  10. Amboii mati2 den ingat janin orang ,,.adoila MELODI sungguh la Nize

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.