30 November 2014


GO GREEN ...... Bumi Hijau...

Jom elakkan penggunaan racun kimia ke atas tanaman-tanaman kita... Ia bukan sahaja merbahaya kepada manusia, bahkan kepada haiwan ternak, alam sekitar dan merosakkan ekosistem hidupan dalam air apabila racun ini dibawa oleh air siraman ke dalam tanah, parit , longkang , paya dan lain-lain ..

Jom gunakan teknik organik yang boleh kita buat sendiri di rumah... antaranya : -




1 - LADA & BAWANG
  • BLEND kan campuran 1/2 cawan (113 gram) lada  dengan 1/2 cawan (113 gram) ulas bawang putih atau bawang besar biasa..  Boleh menggunakan kedua-dua bawang dan bawang putih...
  • Tambah  2 cawan (500 mililiter) air suam....
  • Tuangkan adunan ke dalam bekas plastik / kaca dan biarkan selama 24 jam. Jika boleh, pastikan ia berada di lokasi yang cerah / panas cahaya matahari
  • Tapis adunan,, buang hampas adunan tersebut ,  hanya mengambil air adunan yang ditapis sahaja ... Air ini lah yang digunakan sebagai racun perosak organik anda...!!
  • Tuangkan racun perosak  ke dalam botol semburan... Pastikan botol semburan terlebih dahulu dibersihkan dengan air suam dan sabun 





2 - MINYAK
  • Pilih cecair sabun basuh pinggan.. Elakkan anti-bakteria, wangi , kerana ini boleh merosakkan tanaman
  • Campurkan 1 sudu besar (15 mililiter) sabun yang anda pilih dengan 1 cawan (250 mililiter) minyak masak di dalam mangkuk kecil...Gunakan sama ada canola atau minyak sayur-sayuran.
  • Gabungkan 2   1/2  ( dua setengah ) sudu teh (12 mililiter) campuran minyak ini ke dalam 1 cawan (250 mililiter) air... Kacau sehingga sebati.



3 - TEMBAKAU
  • Campurkan 1 cawan (250 mililiter) tembakau ke dalam 1 gelen (4 liter) air..
  •  Tembakau amat berguna untuk target ulat, kutu daun, dan cacing, tetapi ia tidak selamat untuk digunakan pada lada, tomato, terung, atau mana-mana  tumbuhan solanaceous ( sila google )
  • Letak campuran tadi di bawah matahari atau di lokasi panas ... Biarkan ia selama 24 jam.
  • Periksa warna adunan tu... Sebaik-baiknya, racun perosak anda tu akan kelihatan sama dengan warna teh ... Jika ia terlalu gelap, cairkan dengan air. Jika ia kelihatan terlalu pudar ,, biarkan ia selama beberapa jam lagi...
  •  Tambah 3 sudu besar (45 mililiter) cecair sabun basuh pinggan ... Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam botol semburan yang besar. Goncang untuk lebih sebati




4 - BUAH OREN
  • Kupas oren... Jika anda tidak mempunyai oren segar , gunakan 1.5 sudu teh (7.4 mililiter) daripada kulit limau kering atau  1/2 auns (15 mililiter)  minyak oren.. 
  • Citrus ini amat membantu dalam mensasarkan pepijat berbadan lembut, termasuk slug, aphids, nyamuk kulat, dan pepijat pucat. 
  • Boleh juga disembur terus pada perosak,.. Ia turut berfungsi terhadap semut dan lipas. 
  • Letakkan kulit2 oren ke dalam bekas kaca dan tuangkan 2 cawan (500 mililiter) air mendidih ke atas kulit.... Biarkan ia duduk di tempat yang hangat selama 24 jam... 
  • Tuang adunan ke dalam penapis, Tapis dan buang kulit , Hanya ambik airnya sahaja .. Campur beberapa titik sabun Castile ( sila google )



Bacaan Lanjut , Teknik Organik... SUMBER : - HOW TO MAKE ORGANIC PESTICIDE






Bernutrisi dengan konsultasi PERCUMA dengan saya..


Muhammad Nizam Yusof

SMS / WHATSAPP 013 976 1627

FB : Muhammad Nizam

3 comments:

  1. bagus ni ... mudah je caranya .

    ReplyDelete
  2. Yup.. jimat & selamat alam sekitar.. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah boleh cuba laaa nanti..jimat pon jimat tak.payah beli

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN