12 July 2020

KFC Malaysia Memperkenalkan Zinger Chop Istimewa Yang Sangat Yummi!



Setiap kali seseorang bercakap tentang KFC, kita, sebagai pendengar entah bagaimana akan secara tidak sengaja memikirkan ayam goreng yang rangup dan sedap. Rasa ayam gorengnya yang penuh dengan rempah ratus terpilih boleh bikin rasa terliur walau hanya dengan membayangkannya saja.

KFC Malaysia Memperkenalkan Zinger Chop Istimewa Yang Sangat Yummi!



Ditambah pula dengan hidangan sampingan lain seperti wedges dan sebagainya, benar-benar bikin hati penasaran. Dan tidak keterlaluan rasanya untuk mengakui yang KFC ini merupakan salah satu menu makanan ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia.


ZINGER CHOP ISTIMEWA KFC


Zinger yang juga berasaskan ayam rangup dengan isi yang tebal benar-benar boleh menjadi penarik selera selain ayam goreng. Dan special untuk para pengemar burger zinger di KFC, anda kini sangat beruntung kerana KFC telah membawakan satu menu baru khas untuk para penggemar zinger seperti anda. Menu ini dinamakan sebagai Zinger Chop






KFC Malaysia memperkenalkan menu Zinger Chop ini berdasarkan hasil inspirasi daripada menu chicken chop. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, chicken chop merupakan salah satu menu makanan ala Barat yang telahpun berjaya menjadi salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia dari golongan kanak-kanak, dewasa hinggalah kepada warga emas.

Sama seperti semua usaha perniagaan yang lain, makanan segera seperti KFC ini sememangnya harus selalu hadir dengan menu baru untuk memenuhi selera para peminatnya. Dan, selama bertahun-tahun, kita semua dapat melihat KFC meletakkan kelainan dengan rasa baru pada ayam goreng asalnya.

Perisa seperti White BBQ Crunch, Nasi Kari Atuk dan sebagainya turut berjaya menarik ramai pengemar. Maka tak hairanlah jika Zinger Chop ini juga mampu menarik ramai peminat KFC untuk mencubanya.





Berslogankan ‘Zinger Like Never Before’, Zinger kali ini tampil berbeza kerana ia disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, lalu digoreng sempurna sehingga keemasan. Melihat pada warnanya saja sudah dapat membayangkan betapa banyak rempah ratus yang digunakan bagi mendapatkan rasa yang sangat special.

Zinger Chop yang baru dibuat ini dipadankan pula dengan Kolonel Gravy yang asli dan disukai oleh KFC untuk pengalaman penuh rasa. Zinger Chop ini juga turut dihidangkan dengan KFC Coleslaw masam manis yang sejuk dan segar bagi menambahkan rasa keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy ini.

Dan bukan itu sahaja, KFC Zinger Chop ini turut disajikan bersama pilihan KFC Crispier Fries atau Kolonel Rice untuk hidangan yang lebih memuaskan hati. Ini bermakna boleh makan hingga kenyang dengan hanya satu set penuh dengan satu harga yang sangat berpatutan.




Anda boleh lihat sendiri gambar menu dengan nama Zinger Chop ini! Sudahlah rangup di luar dan lembut di dalam. Ditambah pula dengan hidangan sampingan dan kuahnya yang pekat melimpah, benar-benar bikin mulut rasa nak ngap dengan serta merta.


Tidak hanya itu, KFC Zinger Chop turut dipersembahkan dalam video bertema James Bond yang sangat menarik. Selepas ini, para pengemar zinger dan chicken chop baleh saling siapkan garpu dan pisau kerana KFC Zinger Chop telah mula memanggil-manggil di store KFC yang terdekat. Harganya juga agak berbaloi iaitu RM16.30 saja.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan tadi, menu KFC Zinger Chop ini boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan-di-restoran, bawa pulang, self-collect, penghantaran dan pandu-lalu.





Pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran terus seperti Foodpanda untuk pesanan dihantar terus ke rumah anda. Dengan membuat pesanan untuk KFC Malaysia melalui Foodpanda ini, anda dan juga saya tidak perlu lagi bersusah payah untuk terus ke KFC sebaliknya hanya perlu duduk di rumah dengan keadaan selesa tanpa perlu bersusah payah.

Tapi ingat! Menu KFC Zinger Chop ini hanyalah untuk masa yang sangat terhad dengan status sementara stok masih ada. Jadi jika ingin merasanya, lekas lekas segera ke berkunjung ke mana-mana restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terdekat dan untuk lebih mudah, boleh terus buat pesanan melalui aplikasi Foodpanda untuk mencubanya dengan segera.

Jom makan Zinger Chop! Nampak sedap sangat tu.



4 comments:

  1. SEDAPNYA AYAM KFC MEMBELI BERULANG KALI

    ReplyDelete
  2. Fuh, yummy sekali KFC ini #mantabs

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing this wonderful post keep your awesome work
    I have many hobbies. I love to travel and read. But my favorite hobby is cooking. Let me tell you why! First, I'll tell you a little bit about why I started cooking. Secondly, I'll give you some information about what I like to cook. Third, I will say how I use the vietnamese food for cooking.

    When I started cooking, I was 10 years old. My mom wants me to be a chef. She has always believed that girls have to make different types of food, because one day they will get married. In my country, it is normal for girls not to cook. I feel lucky because I can cook many dishes. Now that I cook some of the dishes my children and husband love, I become happy and proud of my mother and myself. i am a food blog

    ReplyDelete
  4. pegi KFC kadang2 nak cuba menu lain.. ended up plih snack plate juga.
    hurmm..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.