01 May 2020

Panic Covid Yang Tidak Legit


Aku rasa..

Apa yang membuatkan netizen terlebih panik dan huru hara tak pasal-pasal musim wabak covid ni bukan setakat berita-berita laporan kematian atau panic buying saje..

tapi ..

panik sebab membaca , copy paste dan memforward artikel-artikel dan karangan berunsur agama yang ditokok tambah. sumber dan kesahihan entah dari mana.. hadith pun tulis ikut dan jerr.. paling sedih bila ditanya sumber, hanyalah dari group sebelah.. bila ditanya group sebelah pulak, katanya sumber dari group sebelah lain pulak

Ia okay hanya untuk muhasabah dan  peringatan bersama. Jika ditilik sekali imbas nampak macam best akan tetapi agak ketertaluan dan dihuraikan serta ditokok tambah direka-reka hanya untuk menyedapkan karangan... 

Secara kebetulan jumlah keseluruhan jangkitan virus corona pada 3 April lalu ialah 3333, terus gigih manusia yang lapar likes dan viral ni cipta perkara yang tak berkaitan langsung mengaitkan dengan surah AlAhzab ayat 33, hanya kerana terjemahan ayat menyebut (Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu.........)

Walhal ayat tersebut dan sebelum sebelumnya mahu menceritakan kemuliaan dan keagungan para isteri Rasulullah. Bukannya suruh manusia sejagat duduk berkurung dalam rumah kuarantin kerana berlaku covid pada zaman Nabi!!! Tolonglah


Sebelum bulan puasa lagi dah viral jika 15 Ramadan jatuh hari Jumaat akan berlaku Dukkhaan (keluar asap dan suara tempikan, yang menjadi salah satu tanda besar hari qiamat).. 

Padahal ustaz yang cerita akan kisah ini di akhir penceritan beliau nak bagitahu bahawa kisah ini adalah hadith maudhu' (palsu)

Tak pasal pasal manusia gigih lapar viral pergi karang cerita 15Ramadan tahun ini berlaku Dukkhan maha dahsyat...

wehh.... 15 Ramadan tahun 2012 pun jatuh hari Jumaat wehh..!

Bumi dan dunia ini dari zaman Nabi pun memang sudah tua.. .

Kau nak sangat ke hidup zaman fitnah Dajjal, nak tengok sangat ke Yakjuj Makjuj keluar dari ikatan... masa tu orang hafal quran pun boleh jadi lupa, apatah lagi nak pergi beli roti gardenia pun jangan haraplah, memang tak sempat punya.. 

Kau nak sangat ke mati dalam bumi yang bergulung-gulung dan hancur lebur, dengar tiupan sangkakala Israfil dan tengok matahari terbit dari barat?

kalau aku... aku tak nak... biarlah tak sempat nak tengok semua tu.. 

boleh tak doa yang baik-baik semoga mimpi ngeri kita semua ini wabak virus segala ni cepat berakhir...

boleh tak doa kita semua dijaukan segala bencana dan bala.. mati pun dalam keadaan sempat bertaubat dan husnul khatimah

boleh tak wahai netizen?

3 comments:

  1. Betul,jangan mudah terjebak dengan sesuatu yang cuma agak-agak.Bahaya,lebih-lebih lagi disebarkan.

    ReplyDelete
  2. iya yg terbaik skrg jika x pasti elak kongsi

    ReplyDelete
  3. Selalu juga jadi,benda lama di-recycle lepas tu disebar semula. Then netizen gelabah, then jadi lagi. Susah betul selagi ada yg lapar viral.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.