22 January 2020

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya


Lemas lagi... Inna Lillaahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun.. Takziah untuk keluarga mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara, student Politeknik Sultan Mizan.. Cukuplah kematian menjadi sebaik-baik pengajaran buat yang masih hidup. ..

Keindahan pantai ciptaan Tuhan di sepanjang negeri ni memang mempesonakan tiap jutaan mata yang memandang. Pasir memutih, angin sejuk menyapa pipi, pohon merendang , dan batu batuan besar yang cantik.. Ombak saling berkejaran menenangkan jiwa. Apatah lagi memandang lautan mendapat pahala. Datang ombak besar kita lari, ombak kecik kita cecahkan kaki..


Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya


Namun, ombak yang tenang jangan sangka tiada buaya bahaya. Setenang-tenang ombak membelai, ia mampu meragut nyawa yang lalai. Terkini tiga pantai yang diwartakan sebagai paling berbahaya di sepanjang negeri maritim Terengganuku ini ialah Pantai Pandak di Chendering dan dua lagi di Dungun, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Bidara. Kalaupun tidak mengancam nyawa sepanjang masa, paling tidak tolonglah elakkan bermandi manda di musim larangan  selama tiga empat purnama. Kalaulah aku jadi superpower superman sekalipun atau hero dongeng melayu Badang atau pahlawan era baharu BoBoiBoy, aku rasa aku pun tak berapa nak sanggup mandi laut tika angin monsun timur laut menjelma ( november - mac). Cukup cukuplah khabar duka maut lemas yang sering kita dengar.. Malang tidak berbau wehh.. Nak berjalan tengok pantai, berjalan sajalah.. berselfie, berselfie lah,  main layang-layang bina istana cinta kita.. ehh istana pasir.. Kalau nampak papan tanda amaran larangan mandi zon merah zon apa sekalipun., mohon JANGANNNNNN MANNNDIIIIIIIIII!! Tolonggglahhhhhhhhh....


pantai di dungun tuu orang panggil lubuk mayat wehh.. 



Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Batu Buruk

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Pantai Penarik

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Tok Jembal

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Order VIVIX ?
Klik : http://www.wasap.my/60139761627

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Pantai Batu Pelanduk



Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Long Beach, Redang

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya
Miami Beach a.k.a Seberang Takir


Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya

Ombak Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Bahaya


Aku juga seperti yang lain...

mencintai dan memuja kejujuran dan kesetiaan angin... dari sejak ia dijadikan, ia sentiasa memberi. Perintah Tuhan tak pernah dikesampingkan. Ia makhluk yang baik..

pernah suatu ketika, aku bencikan angin. aku benci pada yang tenang.. kerana tenang buatku sepi... 

tika di pantai aku menatap pada ombak yang berhempas, aku bagaikan tidak waras...

kadang-kadang aku lebih gemar suasana yang bingar, sebolehnya di pasar.  Kerana di sana walaupun aku tidak membeli, aku boleh jadi pejalan kaki... 

Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menatap pantai yang suka bersaksi tapi jarang mengotakan janji...

Ombak cakap , duhai pantai, usah sesadis mereka menafsir desir itu pukulan, mentakwil belai ini badai, mencongak setia pula cemburu... sedangkan engkau dan aku
masih seperti kelmarin.... satu..

3 comments:

  1. Allah suruh usaha.Usahanya adalah mengelak dan mematuhi arahan atau larangan jika ada..tapi begitulah percaturan Allah.DIA mahu maka berlakulah.Cara kematian yang berbeza.Ada kisahnya yang kita tidak rencanakan.Moga tidak lagi terulang.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Lama tak mandi pantai.
    Pergi mandi di tempat yang popular ramai orang baru tahu selamat.

    ReplyDelete
  3. kalau gi Dungun mmg wajib la kuar jln2 di sepanjang pantai tu. kebetulan umah akak di Sura Tengah tu berdekatan dgn segala pantai.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.