11 January 2020

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN


Siapa jer tak kenal Pulau Redang... pulau tersohor yang terbesar di pesisir pantai timur semenanjung dan antara yang tercantik lagi terindah kat Malaysia ni..  Kecantikan semulajadi pulau ini juga terkenal dengan perairan jernih, air yang membiru dan pantai berpasir putih serta kaya dengan kepelbagaian hidupan marin.  Pulau Redang menjadi salah satu daripada sembilan pulau, yang membentuk Marine Sanctuary Park yang menawarkan aktiviti snorkeling dan diving kepada pelancongnya

3H2M DI PULAU REDANG, CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN


Dua jeti yang menjadi penghubung utama ke destinasi ialah Jeti Merang, Setiu dan satu lagi di Dataran ShahBandar, Kuala Terengganu. Kami naik di ShahBandar. Parking jer area situ dan bertawakallah. Naik feri sejauh lebih kurang satu jam setengah perjalanan.. Kalau rasa alahan dengan laut atau mudah mabuk laut tu,  jangan lupa telan peppermimt ginger plus terlebih dahulu ye



3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

dah sampai... beg dua tiga bijik dengan satu bakul bekalan susu baby.. fenomena biasala tu bila dah jadi ayah.. gitoohhh

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

lama duduk dalam feri tadi tuu, rileks-rileks dulu betulkan orat sementara abuya setelkan urusan check in penginapan


3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

Kami stay kat Redang Lagoon Resort yang terletak di area Long Beach, Pulau Redang. Resort ni antara kegemaran backpackers dan traveller. Rasanya antara penginapan bajet yang selesa dan sangat puas hati dengan pakej 3 hari 2 malam tu.. mana mauu cariii, kan. Resort ni menjadi rebutan orang ramai kerana servis bagus dan kos yang ekonomi dan berpatutan bagi orang kebanyakan.. Resort ni bertemakan ala kampung dengan halaman dipenuhi pokok kelapa, pondok dan boleh melakukan aktiviti seperti volleyball, congkak, mahjong. Nak minum air kelapa pun boleh.. 

Penginapan selama dua malam itu termasuklah 2 kali breakfast, 2 kali lunch, 2 kali hi tea, 1 kali dinner dan 1 kali BBQ.. Berbaloi sangat dah aku rasa.. Time kami pergi ni, gst sst dan bermacam macam t lagi masih belum diperkenalkan.. So harga jauh lagi murah la sikit berbanding tahun 2020 ni, kan


3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

Petang hari pertama tu kami round round je jalan-jalan sekitar pulau ni. Tengok chalet-chalet mewah yang ada sekitar Long Beach tu dan singgah kedai runcit , beli cikedis dan air mineral yang mana harga tiga kali ganda kauu berbanding di daratan. Biasalaa tu, kan. Nama pun tempat pelancongan. 


sebelum keluar jalan-jalan tunggu kakak doa untuk abuya dulu


Malam hari pertama tu ada barbeque. Yang ni memang termasuk dalam pakej resort 3 hari 2 malam tersebut. Syok aktiviti ni. Bahan mentah , seafood semua dah disediakan sekali siap rempah. Tinggal lagi kita ambik dan bakar sendiri..

Akan tetapi....

Malangnya... kami terlepas aktiviti bbq ni sebab terlambat keluar. Lepak dalam bilik lama sangat. Sebenarnya tak expect pulak diorang nak bakar awal... tak silap dekat maghrib. Aku pun tak tanya pukul berapa nak berbbq. Aku ingatkan malam sikit so aku keluar laaa bila malam menjelma.. sekali owner resort cakap dah habis.. tinggal nasi goreng je.. hurmm ralat betul. Nasi goreng pun nasi goreng laa... ada lah sikit saki baki ayam bakar yang boleh dimakan... kihkih

Lepas tu jalan lagi sekitar pulau sambil dengar pukulan ombak.. 


3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

Aktiviti malamnya bebas.. kalau kau jalan-jalan sekitar Long Beach tu ade je orang nyanyi nyanyi ... pasang unggun api.. main buaian tali yang diikat kat pokok kelapa boleh gakk sambil mengenang kisah silam kau

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN
keesokan pagi, dah ready nak pergi snorkeling.. breakfast dulu nasi lemak... sedap!

peralatan snorkeling kena sewa.. hilang kena denda ya.. nak dijadikan cerita memang hilangla seketul perlatan yang disewa tu. RM 25.00 jugak aku kena denda... fuhhh

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN
tersama pulak baju swimming kakak dengan anak orang arab ni

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN


3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN
jangan ditanya apa nama makhluk ni.. sebab aku pun tak tahu nama.. 

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN
cantik kan..

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN

ikan makan roti ke... makan jelaaa wahai ikan.. tu je yang ada.. hehe

dalam pakej ni termasuk 3 kali snorkeling.. tapi kami pergi dua kali jer rasenya.. sebab first time snorkeing tu, balik je makan tengah hari.. masuk bilik setel apa yang patut.. lepas tu rehat.. Rehat tu maksudnya tidur-tidur ayam.. kepenatan snorkeling.. kihkih

3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN
berangan laa kejap kalau ada chalet sendiri kat sini ....


ITINERARY REDANG LAGOON, PAKEJ DAN HARGA BILIK


3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN



Untuk tengok rate dan pakej terkini Redang Lagoon Resort untuk tahun 2020 , boleh cek SINI


3H2M DI PULAU REDANG , CIPTAAN TUHAN MENAKJUBKAN


Macam biasalah kalau nak pergi Redang, dinasihatkan elakkan musim tengkujuh, sekitar bulan november - februari. Pulau pun ditutup. Aku bersembang dengan orang situ katanya orang pulau pun akan pulang ke darat time tu. Waktu yang sesuai bermula dari bulan mac - september. Cuaca pun ok sikit, panas panas lembab berangin. Aku pergi haritu bulan september, itu pun dah rasa sang bayu sejuk datang menerpa menyentuhi paras wajah petanda musim bah nak mula

5 comments:

  1. subhanallah. memang cantik sangat pemandangan kat atas dan bawah laut ^_^

    ReplyDelete
  2. aww.. mama rindu sgt redang.. mmg sgt cantik kan scenery sini lapang fikiran.. dulu mama duk redang lagoon gak. best

    ReplyDelete
  3. wow tempat ini...memang menarik

    ReplyDelete
  4. cantiknya... pulau redang memang best

    ReplyDelete
  5. SubhanAllah... macam macam ciptaan Allah kat dasar laut ye

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.