13 October 2018

ANTARA 3 MAKANAN VIRAL POPIA VIETNAM, TAUHU BERGEDIL DAN FRUIT PASTRY CAKE

Ketiga-tiga juadah viral ni dah lama tengok dalam facebook. Yang terbaharu tu tentulah fruit pastry cake. Menggiurkan je kalau tengok buah peach yang terletak elok atas kek. Mengidam la jugak nak rasa ketiga-tiga juadah viral ni




Sekian lama mencari orang dekat-dekat yang jual, susah gak nak jumpa. Ada yang buat pun hari tu aku tanya dia sibuk nak buat untuk majlis perkahwinan dulu. Kempunan aku. Nak order dengan cikza.com macam jauh dan agak mustahil. Tengok rakan-rakan blogger lain duk order dia punya tauhu bergedil tu.. perghhh memang terliur

Akhirnya terjumpa juga orang yang jual tauhu bergedil dan popia vietnam. Beli dengan orang kampung dekat sekolah je. Boleh tahan sedap. Rahsianya pada sos yang mantap! Baru terangkat



Yang ni kek fruit pastry kejadian viral terbaharu di alam facebook. Tak minat sangat, tapi ermmm boleh laa buat desert di petang hari. Sekurang kurangnya dah pernah rasa.. hehe

Dan kalau tanya aku antara ke tiga-tiga makanan viral ni yang menjadi pilihan utama aku, tak lain tak bukan tentulah tauhu bergedil. 4 bungkus dengan 8 biji tauhu setiap satunya, aku boleh habiskan... kihkih

2 comments:

  1. ketiga tiga tak jumpa lagi huhu

    ReplyDelete
  2. Allahu semua nya nampak sedap. Tapi saya pun belum jumpa dan makan lagi. Haha

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com