وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur, lagi membanggakan diri
Semalam ada aku baca satu kisah analogi pendek lebih kurang macam ni :
Seorang ahli falsafah menaiki bot kecil. Dek kerana kebosanan dalam bot, dia menjemput pelaut untuk berbual-bual dengannya
"Adakah kamu faham apa itu falsafah ?"
"Tidak!" jawab pelaut itu.
"Wow, sayang sekali, ini bermakna kamu telah kehilangan tiga per empat dari keseluruhan hidup ini.
Ditanya lagi.. hmmm, adakah kamu memahami matematik ...?
"Tidak!" jawab pelaut itu.
"Aduhaii, malangnya, ini bermakna kamu telah kehilangan separuh dari semua kehidupan ini"
Tiba-tiba ada gelombang besar yang membuat bot kecil tersebut berayun.
Beberapa tempat di dalam bot telah dinaiki air, bocoran kecil pun ada. Kelihatan seperti bot akan tenggelam dalam masa terdekat. Ahli falsafah itu sangat ketakutan. Penuh debar
Pelaut bertanya, "Bolehkah kami berenang ...?"
Ahli falsafah dengan pantas menggelengkan kepalanya, "Saya tidak boleh, tolonglah bantu saya, tolong!"
Pelaut lantas berkata, "Tidak boleh berenang..? Sekarang, kamu boleh kehilangan seluruh hidup kamu!"
:
Semua orang mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Bangga dengan hasil pencapaian setelah puas berusaha gigih, itu semula jadi. Tetapi tak perlu sombong. Hidup ini singkat sahaja saudara. Sombong sombong nak pergi mana. Sombong milik Allah sahaja
Akan ada seseorang yang lebih bijak daripada kita. Kita juga tak akan pandai semua perkara. Kita masih perlu belajar dari kekuatan orang lain
Betul.. jgn perlekehkan kelemahan org
ReplyDelete