bahejabella: Tentang Wanita Berpurdah Itu

Tentang Wanita Berpurdah Itu

/
6 Comments
June 07, 2016
Dulu....zaman belajar, kami pelajar Malaysia dikatakan hampir 6 ribu orang. Ditempatkan di pelbagai daerah sekitar ardul kinanah (bumi timbal balik). Dikenali dengan gelaran bumi timbal balik kerana berhati-hati dengan cakap dan perbuatan kita,  jangan main sedap cakap sebab sedang berada di bumi keramat para Nabi dan Wali, tanah-tanah dan debu-debu Cairo itu pernah dipijak para Nabi,, nanti apa yang dicakap , mudah sangat berbalik pada diri sendiri... hati-hati kalau nak cakap buruk pasal orang lain

6 ribu itu jurusan pengajian agama sahaja.. Jika dicampur dengan rakan-rakan jurusan perubatan , jumlah pelajar Malaysia mencecah belasan ribu... Dah boleh agak kan macam-macam ragam

Yang berpurdah memang ramai laa... masa tu tak ada la sekadar nak ikut trend sangat. Sebab facebook dan instagram belum meriah lagi. Harap-harapnya berpurdah atas kesedaran sendiri untuk menjaga malu , menjaga agama dan kerana Allah.. Bukan syok sendiri atau merendah-rendahkan mereka yang tidak berpurdah.... Baru lah orang nak respect... Berpurdah pun bukan satunya tiket mudah ke syurga.. Aku?..  aku okay je dengan wanita berpurdah!

Bila Wanita Berpurdah Nak Masuk Pejabat Kedutaan....

Ada beberapa kisah dan kes apabila pelajar-pelajar yang berpurdah ini mahu berurusan di pejabat kedutaan Malaysia... Sudah adat, macam biasa laa ada pegawai yang strict dan mengikut protokol... Pegawai mahukan apabila berurusan di Kedutaan , purdah hendaklah dibuka. Mungkin untuk kenal muka atau atas dasar keselamatan kot

Apabila begitu (skemanya ayat aku)... ada sesetengah pelajar berpurdah ini bertegas dengan pendirian dan tak goyah dengan pegangan mereka. Mereka tetap tidak mahu buka purdah sehingga menimbulkan rasa kurang senang Pegawai tersebut...

Ada PRO dan KONTRA

Aku rasa tindakan keras dan bertegas pelajar yang tidak mahu buka purdah tadi kurang wajar. Sebab buka sekejap je pun. Itu pun untuk urusan rasmi.. Hal-hal sebegini kadang-kadang mencetuskan polemik dan suasana tegang antara kami pelajar jurusan agama dan pegawai kedutaan...

Tapi... di sebelah pihak kedutaan pun kurang wajar juga... Sebab?... yang berpurdah dan tegas mahu menjaga prinsip pemakaian mereka , dilarang , dimarah dan ditegur... yang tak jaga aurat dan free hair berleluasa jer boleh masuk dalam embassy, ok sangat pulak...diterima baik dan tidak dimarahi... Itu kan dah double standard?

Pelajar berpurdah pun, prinsip prinsip jugak... Tapi time upload gambar dalam facebook,, jangan lah kemain naww liuk lentuk.. Kadang-kadang nampak sangat keseksian mata tu... Tak cukup dengan upload gambar, up pulak status acah-acah mencari bakal imam , mencari tulang rusuk , rusukku ini milik siapa... Tak perlu laa nak tulis cari tulang rusuk sangat... Nanti orang kata gedik.. Mana hilangnya nak jaga malu kerana Allah tadi?.. Haaa nak cari tulang sangat, rumah aku hari ni berbuka puasa sup tulang... jemput laa datang.. hehehe... 

Aku tak kata semua, sebahagiannya jer la...Ada yang bagus ... Ada yang dilihat dulunya sangat bertegas dengan istiqamah taknak buka purdah, tapi sampai je Malaysia... ermmm... boleh pulak buka.. hilang terus ketegasan prinsip!

Pernah juga...kadang-kadang dalam bas, kalau nampak kerusi kosong tapi sebelahnya ada lelaki Melayu, pelajar pelajar perempuan (berpurdah dan tidak berpurdah) yang berdiri, sanggup tak duduk tempat kosong tadi.. Kental berdiri sampai ke destinasi... Yer la betul untuk elak fitnah.. Tapi... kalau kerusi kosong, sebelahnya orang lelaki arab,, ehh ehh boleh pula pegi duduk situ.. Tak segan silu pulak...? Aku pun tak faham... kita nak jaga keselamatan dia, kang kalau ada apa-apa masalah, ustaz-ustaz (pelajar lelaki) juga yang dicarinya.... 

Bukan salah purdah di wajahmu

Berpurdah tak salah... tapi sesetengahnya cuma ikut-ikutan.. Apa.....nak jaga malu dan pandangan tu dengan arab sahaja kah? Atau nak jaga iman , jaga hati di depan pegawai sahajakah? Atau.. sekadar nak elak debu-debu segar kota Mesir?.. Tepuk dada , tanya iman....

ni cuma entri pengalaman... bukan entri hukum-hakam purdah dan aurat wanita.. yang tu nanti kita sembang lain naahh


You may also like

6 comments:

  1. Betul tu. Semuanya perlu berbalik kpd niat...

    ReplyDelete
  2. salam , hahah niat satu, saya pon setuju dengan point2 kat atas tu

    ReplyDelete
  3. Jangan sebab ikut-ikutan...banyak yang berlaku seperti itu sekarang ini

    ReplyDelete
  4. Jaga iman, jaga hati atau jaga muka dari debu Mesir?
    Hm.

    ReplyDelete
  5. Luruskan niat...jelaskan matlamat..

    ReplyDelete
  6. setuju..bila berpurdah kne betulkan niat. kdg bagus dh berpurdah..tp naik kete berduaan blik mlm n duduk sebelah menyebelah..berpurdahkan untuk jga ikhtilat..hurmm

    ReplyDelete