12 December 2015

LUNCH RINGKAS , MUDAH DAN CEPAT : ROTI CANAI TELUR CHEESE

Selamat petang. Lama tak buat entri resipi ringkas. Kebetulan petang pra-final Malaysia ni teringat-ingat kat roti canai segera yang ada dalam peti ais.

Ok la , nama pun roti canai telur cheese. Bahan-bahan sudah tentulah roti canai (yang segera je saya guna) , telur dan cheese

keluarkan roti canai dari peti ais
keluarkan roti canai dari peti ais
 Korang dah biasa beli kan? Roti canai telur segera ni sedikit berbeza dengan roti canai segera kosong tu. Roti canai telur ni macam ada lapisan yang boleh dan harus dibuka semasa menggoreng untuk meletakkan telur didalamnya. Kalau roti canai kosong segera tu kita goreng macam tu sahaja, kan

sedang digoreng
sedang digoreng
 Buka lapisan roti canai dan masukkan dalam kuali panas, letak sedikit sahaja majerin, masukkan telur

masukkan cheese
masukkan cheese

tutup lipatan
tutup lipatan
 Agak-agak cheese dan sedikit cair dan telur pun dah masak , tutup kembali lipatan roti canai

roti canai telur cheese sedia dihidang
roti canai telur cheese sedia dihidang

banjirkan dengan kuah gulai ayam
banjirkan dengan kuah gulai ayam

Gulai ayam tu pun baru beli kat kedai tadi. Selamat menikmati dan menjamu selera dengan jayanya. Lepas ni bakar kalori pula. Tak pun telan 2 biji phytocol

9 comments:

  1. meleleh punya cheese.. lagi berbaloi buat sendiri

    ReplyDelete
  2. salam ! macam macam sekarang ni hehee

    ReplyDelete
  3. This post really makes me hungry . Naaaaakkk !! . Haha

    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
  4. Sedap ni...tapi sekarang dah bertukar menu...banyak beli roti frozen capati...sebab kurang sikit kolestrol dan lebih cepat kenyang

    ReplyDelete
  5. Peh, sedapnya roti telur. Tambah pulak cheese. Fuh fuh fuh.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.