13 September 2015

CERITA KAPAL TERBANG

Cerita aku dan kenangan berkapal terbang ni tak adalah banyak mana , tak sebanyak korang yang selalu travel sana sini, dapat tajaan syarikat itu ini. Aku dapat naik kapal terbang pun sebab sambung belajar. Dapatlah merasa, kan. Sekurang-kurangnya satu impian masa kecil tercapai jugak la. Tapi impian masa besar , masa jadi ayah orang ni , masih banyak yang belum di capai

PENGALAMAN PERTAMA KALI

Pertama kali dalam hidup , merasa naik kapal terbang ni tahun 2004 , mak belanja kami 3 beradik pergi umrah. Tahun ini tahun aku perlu terbang ke kaherah bulan september. Pergi umrah dalam bulan mei. Jadi sempat juga la berlagak sikit dengan kawan-kawan aku yang lain sebab aku  terlebih dahulu merasa naik kapal terbang sedangkan diorang bulan september. Macam-macam aku cerita kat kengkawan lain betapa rasa keterujaan naik kapal terbang. Aku cerita dalam flight , sekejap-sekejap diberi makan (padahal yang sekejap-sekejap tu depa bagi makan kacang je)

BERDEBAR

Perasaan berdebar tu masa mula-mula kapal terbang nak naik ke udara. Perghh degup kencang juga la jantung dibuatnya. Kemudian dalam perjalanan , boleh tahan berdebar juga masa kapal terbang melanggar awan-awan yang kasar tu , walaupun terasa bergegar macam naik bas di tengah lompang-lompang jalan raya yang rosak, tapi hati memang tak boleh menipu , mengucap panjang juga lah. Sebab itu ada sesetengah orang yang takut naik kapal terbang , akan menelan pil tidur. Sedar-sedar je , dah sampai destinasi

MAKANAN DALAM KAPAL TERBANG

Antara penerbangan yang pernah aku merasa ialah MAS , Gulf Air , Etihad Airways , Qatar Airways
Royal Brunei dan terbaharu semestinya Air Asia. Makanan dalam kapal terbang selalunya ada 2 pilihan. Ni dia gambar kenangan makanan dalam kapal terbang yang sempat disimpan dalam laptop


makanan dalam kapal terbang
makanan dalam kapal terbang


breakfast dalam kapal terbang
breakfast dalam kapal terbang

makanan dalam kapal terbang
makanan dalam kapal terbang

Dalam flight , tak boleh nak memilih sangat. Apa yang diberi pilih antara 2 menu, pilih sahaja la. Kalau tak diberi pilih dan ada satu menu sahaja , hadap sahaja. Bersyukur. Tapi aku risau juga kalau menu dalam flight tu yang pedas-pedas. Ia akan mengakibatkan sakit perut dan akan menahan rasa nak membuang sehinggalah tiba ke destinasi. Tidak jarang juga , perkara pertama yang dilakukan sebaik tiba di destinasi ialah mencari tandas. Ia benar-benar terjadi ketika pertama kali sampai di Kaherah. Dah la tandas tak ada paip dan wayar getah, aku ni boleh tahan jakun nak guna tandas yang sebegitu. Sejak itu kalau boleh memang nak elak makan pedas dalam flight

BERMALAM DI HOTEL

Antara perkara yang paling best ialah bila transit. Transit yang melebihi 6 - 8 jam atau perlu bermalam selalunya akan diberi hotel (secara percuma). Pengangkutan pun percuma termasuk sarapan pagi (percuma). Kena pandai pilih penerbangan. Ada yang tak bagi hotel pun. Pernah sekali penerbangan delay kerana cuaca buruk. Boleh dapat hotel.Sepanjang perjalanan, sempat la menjamu mata melihat bangunan-bangunan unik di negara Arab tu. Sempat la juga merayau sekitar hotel , ambil kesempatan bergambar, feeling-feeling travel gitu walaupun hanya singgah sebentar cuma

Doha Palace Hotel
Doha Palace Hotel
Tahun 2006 ni Doha (Qatar) jadi tuan rumah sukan asia. Sempat juga jalan-jalan pusing bandar tengok kemeriahan persediaan diorang nak jadi tuan rumah tu. Bandar meriah sekali dan bercahaya sana sini

transit di Abu Dhabi
transit di Abu Dhabi

Bahrain Twin Tower
Bahrain Twin Tower

dalam Qatar Airways
dalam Qatar Airways

PENGALAMAN KELAT

Nak kata pengalaman pahit, tak berapa pahit juga. Kelat kelat masam boleh la. Terngiang-ngiang kenangan ketika pulang dari umrah dengan satu penerbangan ni. Geram ya amat , Tuhan saja la yang tahu. Semua beg aku dan mak dalam kargo hilang entah ke mana (aku syak kena curi). Hanya hand carry sahaja yang dapat diselamatkan. Antara barang yang ada dalam beg tu ialah pakaian kesayangan aku. Satu set cadar arab yang dibeli untuk perkahwinan aku juga turut hilang. Sedihnya bukan kepalang. Dua tiga kali fikir, ia mungkin ujian kesabaran dari Allah. Dalam tempoh setahun lamanya turun naik pejabat urusan penerbangan tersebut , namun sudah takdir sebegitu rupa, redha saja. Agensi umrah pun tak dapat berbuat apa-apa


bungkusan kotak
bungkusan kotak

Ni salah satu teknik nak meringankan timbangan  kargo. Tak perlu beg mewah dan trendy bagai.
Bungkus saja barang dengan kotak. Balut kemas-kemas dan ikat
beg
beg
Pilih beg yang nipis. Tengok tu , barang makanan yang aku bawa.
Sardin , milo , maggi dan ali cafe

jumpa sahabat semasa transit di Jeddah
jumpa sahabat ketika transit di Jeddah

perpisahan
perpisahan
Cairo Airport , dengan saing-saing satu bidang pengajian dan junior-junior medic 
( sekarang semua dah jadi doktor), time ni dah nak balik Malaysia



Bersambung lagi. Setakat ini dulu , sebenarnya aku nak cerita banyak lagi, tapi aku takut korang muntah biru pulak baca cerita panjang sangat. Nantikan episod seterusnya ya


14 comments:

  1. cik nor xbanyak pengalaman naik kapal terbang..:)

    ReplyDelete
  2. Untung dapat merasa melihat keindahan negara lain

    ReplyDelete
  3. seronok baca .harap ada to be continued hii

    ReplyDelete
  4. along xpernah naik flight..ske bla bce tntg pglmn org lain

    ReplyDelete
  5. Sedap jugak makanan dalam flight yea.

    ReplyDelete
  6. Sedap jugak makanan dalam flight yea.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsi pengalaman..PC pun belum pernah naim flight..

    ReplyDelete
  8. belum pernah naik kapal terbang...hehe

    ReplyDelete
  9. xmerasa lagi naik kapalterbang...

    ReplyDelete
  10. next episod bila? best baca... anis xde pengalaman lagi...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah nizam telah pernah diizinNya sampai ke tanah suci, satu pengalaman yang paling indah kan :)

    ReplyDelete
  12. Tak penah makan dlm flight.. sbb tkut crit brit. Hahaa..pengalaman naik fligt.. satu kerusi dengan jejaka ensem yang suka membaca.

    ReplyDelete
  13. Tak penah makan dlm flight.. sbb tkut crit brit. Hahaa..pengalaman naik fligt.. satu kerusi dengan jejaka ensem yang suka membaca.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Top Commentators Ramadhan 2017

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN