LEPAS MAKAN , BASUH LA PINGGAN SENDIRI! KUCING PUN KAMBUS LUBANG LEPAS BERAK

AJARAN SIMPLE MAK YANG DIINGATI

Ye , mak is everything. Syurga aku. Walaupun mak tak sekolah tinggi , tapi didikan dan asuhan dari kecil amat berharga sekali sampai la diingati , kekal dan lekat tabiat tu sampai dewasa , walau dah besar panjang pun sekarang. Terima kasih syurgaku , mak

BASUH PINGGAN SELEPAS MAKAN

Antara hal-hal yang mungkin di pandang remeh ialah basuh pinggan sendiri selepas makan. Ni memang mak suruh sejak kecil , semua adik beradik kami kena buat. Basuh pinggan dan gelas sendiri selepas makan. Tak kira la lelaki ke perempuan. Kalau tak basuh atau mak nampak saja pinggan siapa-siapa yang makan tak basuh , siap la kena marah. Mak ada sisi tegasnya. Kalau ayah yang tak basuh pinggan , ok la kan. Tu kira bonus la untuk seorang ayah setelah seharian penat mencari nafkah

Pernah satu ketika selepas makan berjemaah , time nak angkat pingkat aku ke dapur , mak suruh angkat pinggan mak sekali. Oleh kerana ingat dan patuhnya ajaran mak (basuh pinggan sendiri), sampai saja di sinki , aku memang hanya basuh pinggan aku sahaja. Tak basuh pun pinggan mak yang aku angkat tadi tu. Punya la mak kecil hati dengan aku. Rasa bersalah sangat, padahal satu pinggan je pun, kan. Nasib baik la tak jadi macam batu belah , batu bertangkup

Ajaran ini lekat dan kekal diamalkan sampai dewasa , menikah dan beranak pinak. Pada hari pertama aku di rumah mertua , masa aku basuh pinggan selepas makan tu , banyak mata yang memerhati termasuk la mak dan tok dia. Alahai pelik sangat ke kalau basuh pinggan sendiri? Bukan terjadi pondan pun kalau basuh sendiri. Dan bukan saja-saja buat rajin depan mertua , dah itu memang tabiat dari kecil. Ok apa. Kalau tak basuh sendiri , rasa macam malu pulak sebab orang lain akan bersihkan sisa-sisa makanan atas pinggan yang kita mentekedarah tu

Aku jadi pantang pula tengok orang makan , tak basuh pinggan. (maaf , ni bukan bajet bagus ye). Duk main longgok je dalam sinki. Paling teruk lagi , main tinggal atas meja macam tu je. Tak boleh ke angkut sekejap sampai sinki (dan basuh sekali)? Bukan berat pun. Isteri bukan orang gaji. Mak bukan hamba abdi


makan di restoran
makan di restoran
Gambar selingan sahaja. Kalau makan di kedai , dah rasa terlebih rajin , silakanlah basuh


PAKAI SELIPAR

Satu lagi ajaran simple mak yang kekal diamalkan sampai sekarang ialah , pakai selipar dalam bilik air atau tandas. Itu kan tempat kotor atau kurang bersih. Apatah lagi kalau di bilik air itu juga tempat kita mengambil wudhu'. Yakinkan kita benar-benar besuci atau berwudhu' tanpa memakai selipar? Malang sekali , sesetengah masjid atau surau pun tidak menyediakan selipar. Sudah la tak sediakan selipar , ada pula label di pintu masuk tandas tu larangan memakai selipar/sila buang selipar di luar

Dah dewasa sekarang , kalau nak pergi bercuti ke , nak ke mana-mana tempat yang perlu bermalam , rumah kaum kerabat saudara mara atau hotel ke , memang aku bawa selipar. Kalau tertinggal , sanggup singgah kedai runcit atau stesen minyak semata-mata nak beli selipar jepun. Murah je pun. Kalau dihitung-dihitung , banyak juga koleksi selipar jepun yang ada ni

Sampai je kat rumah saudara mara , tak kira lah tandas canggih mana pun, kalau tak ada selipar dalam toilet , ermm memang aku keluarkan selipar jepun sendiri. Dengan harapan tuan rumah tak kecil hati. Time nak pulang , aku ambil je la balik selipar tu , tak pun sedekahkan aje. Kalau nak pergi hotel , memang wajib bawak. Almaklumlah , kite pergi tempat-tempat bercuti yang biasa-biasa je , majoritinya memang tak disediakan selipar di dalam bilik air / tandas tu kan. Kita ni memang cerewet bab tu , ye lah , mana nak basuh berak kencing anak lagi, kawasan tu juga la nak ambil wudhu'. Kau rasa, bersih?



selipar jepun
selipar jepun


Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
paridah
AUTHOR
12 August, 2015 delete

cara kehidupan yg rasanya mudah bagi kita tapi tak pada yg lain kot...

Reply
avatar
Syira Lokman
AUTHOR
12 August, 2015 delete

semuanya mula pd sikap

Reply
avatar
12 August, 2015 delete

KEBERSIHAN PANGKAL KESEHATAN

Reply
avatar
jamkho
AUTHOR
12 August, 2015 delete

sudah makan tak mau basuh bekasnya seperti makan di restorant saja

Reply
avatar
12 August, 2015 delete

aaaaa...bagusnyaa!! yoorin pon pantang betul org makan main tinggal je kat sinki..pastu biar berlonggok.. maklum lah lagi kalau org laki kan , konon yakin laa ada org tolong cucikan untuk dia..geram haihh..

Reply
avatar
12 August, 2015 delete

kalau utk husband ... boleh la tlg basuh... hahah

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
12 August, 2015 delete

Nani memang jenis siap makan basuh sendiri :D

Reply
avatar
26 August, 2015 delete

Bab selipar tu, zaman ni dah terlebih pula, pakai selipar dalam rumah. Macam takde beza luar dan dalam rumah..yaks

Reply
avatar
27 August, 2015 delete

tak malu kalo makan langsung pulang saja

Reply
avatar
15 October, 2015 delete

ya memang harus dibiasakan hidup sehat

Reply
avatar