10 January 2017

CARA TERBAIK LUPUSKAN ALQURAN ROSAK

Alquran yang sudah lama, koyak yang teruk, buruk , cetakan tulisan dah kabur atau mungkin sudah tak boleh nak digunakan lagi bolehlah dilupuskan dengan cara terhormat. Jangan main buang dalam tong sampah atau bakar je di merata tempat

Dalam kes ini, ia bukan masalah aqidah atau menghina Alquran, tetapi ia menjaga kemuliaan Alquran sendiri. Kalau dibiarkan begitu sahaja pun, lama-lama makin buruk, mungkin juga kertas-kertas helaian cetakan Alquran tersebut terbang melayang-layang entah kemana dan dipijak-pijak pula oleh orang

Macam tadi aku pergi bakar Alquran. Alquran tu yang hampir musnah dek bencana banjir baru-baru ni kat sekolah. Hampir 99% Alquran yang ada sudah tak boleh digunakan lagi. Dulu ada juga kes begini, aku jemur je.. tapi helaian Alquran melekat-lekat antara satu sama lain dan jika cuba diselak, ia akan koyak terus menghilangkan tulisan-tulisan di dalamnya. Ye la kan,banjir bukan air saja yang datang, ia disusuli lumpur dan selut... banyak

Sebenarnya sebelum banjir melanda, dah simpan Alquran tu kat tempat tinggi kebiasaan yang aku simpan. Tak sangka banjir terlalu besar

antara Alquran yang rosak

CARA LUPUSKAN ALQURAN ROSAK


Ok cara ni yang diketahui di negeri Terengganu la ye. Tak dapat dipastikan di negeri atau kawasan lain

Hanya hantar Alquran tersebut ke Pejabat Agama (Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, JHEAT ). Memang ada satu department bahagian pelupusan Alquran. Ia dibakar dalam rumah besi khas (aku nampak macam rumah besi gitu laa kot). Bukan dibakar di sebarangan tempat demi menjaga kesucian

ditimbang dan direkodkan terlebih dahulu

dibakar 

macam ni la rumahnya

Abu Alquran yang telah dibakar akan dikumpulkan dan dibuang di laut

abu Alquran dalam tong sedia untuk dibuang ke laut



Begitulah ceritanya. Buku-buku teks lama yang dah tak digunakan lagi yang mengandungi ayat-ayat Alquran boleh juga dihantar ke sini. Untuk rakan-rakan di negeri Terengganu yang nak hantar Alquran rosak ke JHEAT, boleh hubungi orang yang in charge departmemt ni, Encik Raduan di talian 01126598746

8 comments:

  1. kannn bagusnya demi kemuliaan alquran kita...patut semua pejabat agama seluruh negara ada kiosk atau kaunter tu terima alquran yang nak di lupuskan macam ni.

    ReplyDelete
  2. Lagi baguskan. Kalau kita buat sendiri bakar quran tu, nanti ada orang salah faham. Timbul isu sampai viral

    Sedangkan niat & cara dah betul

    ReplyDelete
  3. Bagus cara begini, memelihara kesucian Al Quran. Nanti nak cari info jugalah untuk negeri lain. thanks cikgu nize

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, suke dengan cara macam ni, area KL ni tak tahu dekat mana tempat pelupusan Al-Quran lama ni...huhu

    ReplyDelete
  5. Cara terbaik memuliakan kitab kalam Allah utk lupuskannya.

    ReplyDelete
  6. Negeri lain tak ada kot macam tu.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah cara paling terbaik utk.lupuskan al quran

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.