Sedapnya Nasi Lemak Cinta Mak

Cerita makan lagi , macam mana nak detoks ni... hehe...Balik kampung macam biasa laa...Rumah mak. Kebetulan ramai pulak yang balik, kakak dan anak-anak saudara ada sama. Mesti bahagia mak aku ramai berkumpul nak sambut puasa sini. Riuh rendah rumah macam nak raya dah... 

Pagi tadi sarapan yang terakhir sebelum puasa ni mak masak nasi lemak...fuyyooo dapp uhh... Masa yang tepat balik rumah mak... Resipi dan menu tu simple sahaja , tak ada udang atau ayam goreng berempah atau ayam besar macam kat PappaRich tu pun.. Mak pun masak on the spot gitu.. Ambil apa yang ada stok dalam peti je.. Yang jadi luar biasa tu sebab sentuhan dan air tangan mak... 

Esok start puasa mesti kitorang teringat nasi lemak ni, rugi siapa yang tak balik hari ni



Sambal tumis ikan bilis. Mak campur sekali ikan tenggiri (sebab ikan tongkol takde stok)... pun boleh


Simple je. Sedia untuk ditelan. Telur pun tak sempat nak sejuk, panas-panas lagi angkat dari rebusan.... tu yang jadi macam tu... takpe, plating tak penting... makan dengan rasa kebahagiaan tu yang penting..korang jemput la tengok. Kalau duk dekat-dekat ni boleh la datang

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
JAMIL HASHIM
AUTHOR
05 June, 2016 delete

sodap tue...

http://jmbelog.blogspot.my/

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
08 June, 2016 delete

yup..nasi lemak mak nad pun sedap..hahaa..kalau buat hari2 pun takpe

Reply
avatar