RESIPI MUDAH TULANG MASAK PESAMAH

RESIPI TULANG MASAK PESAMAH

Cerita menu je la hari ini di rumah mama mertuaku. Hari ni kan hari daging. Nak letak dalam peti pun dah banyak. Tulang-tulang tu selain selalunya dibuat sup , pertama kali juga aku dengar dan tengok tulang (daging) masak pesamah. Abang ipar aku yang masak. Ako goyang kaki je tengok aambil tunggu masak. Aku try google "pesamah" tu , biasanya selalu orang masak daging. Tapi kali ni kita masak tulang pulak ye. Tidak dapat dipastikan pula asal usul panggilan pesamah. Kak ipar aku cakap sebab campur campur rempah. Aku tengok macam ala mamak pun ada hasilnya. Apatah lagi abang ipar aku asal Penang

Tulang masak pesamah
Tulang masak pesamah

Bahan perap (lebih kurang setengah jam) , tapi tadi depa nak cepat , tak perap pun , terus masak. Cuma pastikan sampai daging tu empuk dan rempah betul betul masak

Bahan perap tulang masak pesamah ialah:

Rempah daging (lebih kurang 2 paket). Kalau boleh 2 paket berlainan. Contoh rempah mak siti dan rempah faeza

Bawang besar , bawang putih , halia (dikisar) dan sedikit gula

Cara masak tulang masak pesamah

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang diracik halus
3. Masukkan 4 beradik (buah pelaga , bunga lawang , cengkih dan kayu manis)
4. Masukkan tulang yang diperap
5. Masukkan air , tunggu sampai empuk , kacau (gaul) sedikit-sedikit sahaja

(garam dan gula secukup rasa)

6. Setelah empuk , masukkan kerisik
7. Masukkan santan dan masak hingga mendidih . Nak lebih kaw , masak sampai warna rempah berubah menjadi sedikit gelap


makan dengan nasi minyak pagi tadi pun sedap
Makan dengan nasi minyak pagi tadi pun sedap

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Wani
AUTHOR
24 September, 2015 delete

salam singgah.. kuat menu daging ni hii maklumlah raya kan ni pun first time dengar pesamah .. ..selamat hari raya haji. :)

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
25 September, 2015 delete

Pehhh sedapnyaaa :D

Reply
avatar
Syira Lokman
AUTHOR
25 September, 2015 delete

hyeeee...Selamat Hari Raya Aidiladha !
dpt juga lepas rindu nak blogwalking..

Reply
avatar
26 September, 2015 delete

sedapnyee lahai.. tahun ni raya tak rasa raya pun..
demam dipagi raya.. ketupat pun order saja.. and rendang daging..
itu jelah nak telan pun tak lalu..

Reply
avatar