bahejabella: #Cabaran20Hari Kenangan Raya Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari Kenangan Raya Zaman Kanak-kanak

/
10 Comments
July 11, 2015
Memori raya zaman kanak-kanak sebenarnya dah cerita sikit-sikit dalam beberapa entri #cabaran20hari ni. Zaman kanak-kanak aku memang betul-betul tahun 90an. Dekad paling manis bagi aku. Senang je nak ingat tahun tu sebab 1991 aku bersekolah darjah satu , 1992 aku darjah dua sampailah awal remaja 1996, aku darjah enam. Zaman kanak-kanak sungguh indah dan menyeronokkan. Sebelum era balik kampung nenek setiap tahun di Seberang Perai tu , kami raya di kampung kami sendiri saje. Kunjung-mengunjung , ziarah-menziarah , lepas kenyang , main dan dapat kumpul duit raya, balik rumah , tidur

Berbalas juadah bukan setakat bulan puasa , hari raya pun boleh berbalas juadah. Cerita klise keliling kampung kutip duit raya tu memang betul. Aku turut melaluinya era itu. Jalan-jalan dengan sepupu-sepapat mengelilingi satu Kuala Muda tu. Raya kat sana memang syok , rumah-rumah kampung di mukim itu dibina rapat-rapat. Kejiranan subur. Kalau tak raya pun memang riuh rendah , apatah lagi musim raya. Kami yang budak-budak ni selalu tertunggu-tunggu nak balik Penang setiap tahun. Dapat lah juga mengumpul duit raya barang seratus dua

Kadang-kadang mak ngah dan tok buat rumah terbuka (open house), perghh nasi minyak , rendang ayam mak ngah , terangkat betul. Rumah terbuka tu tak perlu heboh satu kampung sebab memang satu kampung akan tahu , rumah kan rapat-rapat. Cukup dengan hanya seorang sahaja yang tahu , In sya Allah, esoknya rumah tok akan meriah dengan tetamu-tetamu seluruh mukim datang ke jamuan rumah terbuka itu

Petang raya pertama kadang-kadang kitorang bakar sate. Orang dewasa la yang buat kerja-kerja tu. Kitorang tahu makan je. Tak sempat nak kumpul banyak sate-sate yang dah siap dibakar , kitorang dah cilok dulu. Ye la , makan panas-panas baru sedap kan

Selalu juga , hari-hari raya pergi jalan shopping mall, Pacific, sebelah pulau sana . pergi jalan-jalan ramai-ramai, main bowling je pun. Ye la , orang kampung nak main bowling. Teruja sungguh la kan.
Pernah satu tahun tu , pada hari raya, salah seorang sepupu aku bertunang di Baling . Mak , ayah , mak-mak saudara semua pergi Baling. Kami ada rancangan lain dengan sebahagian sepupu-sepapat yang lain sanggup tak ikut majlis di Baling semata-mata nak pergi jalan-jalan di sebelah pulau. Selepas penat jalan-jalan , tak sah kalau tak menjamah juadah mamak. Tosei , roti tisu , chappati dan segala macam juadah mamak dirasai

Selalunya , kalau balik Seberang Perai , aktiviti mencari kepah di hujung Kuala Muda memang tidak akan dilepaskan. Seronoknya zaman itu. Kadang-kadang kami dapat bawak balik kepah tu hampir dua tiga guni. Dah terlampau banyak sangat , kami jual je kat orang kampung. Tak larat nak makan. Kepah tu mak ngah selalu buat cucur , goreng kunyit atau bihun goreng kepah. Sungguh lazat 



#Cabaran20Hari  #Day14
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari



You may also like

10 comments:

  1. wohoho..menarik...hidup macam anak bandar je... syoknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time raya setahun sekali tu jer la nak berbandar-bandaran pun

      Delete
  2. rumah makngah kekny kt penang gak... bila pergi selalu tangkap ketam fresh yg kecik kecik tu.. rebusss makan sedappp....

    ReplyDelete
  3. main bowling???mkn toseii???hehehe...menarik,lain dr lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bukan hari raya pertama la... amik kesempatan.. pulang beraya dan berjalan2

      Delete
  4. bila baca pengalaman raya orang lain, macam2 cerita yang timbul. pelik raya pun main boling~ hehe..tak per..kenangan abadi tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap je.. satu petang sampai malam je... keesokannya sambung raya balik

      Delete
  5. tetibe rasa lapar walupun tak de gambar makanan

    ReplyDelete
  6. kenangan indah zaman kanak2 beraya mmg menyeronokan...hanya kegembiraan yg dirasakan.

    ReplyDelete
  7. Dulu malam raya paing best, siap panjat dan bertapa atas pokok jambu air yang berbuah lebat, main tanglung keliling rumah n rumah jiran-jiran, main bunga api...best2..

    ReplyDelete