bahejabella: BANJIR BESAR DI TERENGGANU

BANJIR BESAR DI TERENGGANU

/
15 Comments
January 04, 2017
Hari pertama dan kedua sesi persekolahan tahun ni di sekolah boleh balik awal kerana risiko air banjir makin naik di kawasan sekolah. Rupanya hari ketiga pun sama. Masih tak dapat memulakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun baru ni

Dan hujan lebat, ribut kecil dan angin kuat yang berterusan sejak pagi sampailah ke malam pada hari ketiga (3 Januari 2017) telah mengakibatkan banjir besar melanda sekurang-kurangnya di 3 daerah negeri Terengganu iaitu Setiu, Besut dan Hulu Terengganu. Di Kelantan pun sama, bah besar dan garang

Malah di beberapa tempat, ia dikenalpasti berlaku lebih besar dari tahun 2014

Banjir Di Setiu (Bandar Permaisuri)


salah sebuah sekolah di Setiu, SK Merbau Menyusut

Depan Petronas


Depan Kedai Zua (Gudang Pemborong)

Depan Shell

Bangunan yang menempatkan pejabat YB Dato' Sabri

Tarom

Dek kerana banjir yang melanda, beberapa jalan telah ditutup pada hari ini untuk kenderaan ringan. Ada jalan yang terputus hubungan antaranya di Sungai Tong, Bandar Permaisuri termasuklah juga jalan menuju ke sekolah aku

ni haa jalan nak ke sekolah aku...
kau rasa?

Setakat berita semalam yang didahului oleh sidang akhbar tuan Pengarah JPN Terengganu, sebanyak 24 sekolah akan ditutup pada hari ini (Rabu, 4/1/2017) termasuklah sekolah aku


Tapi sejak Subuh sampailah ke petang, diiringi hujan masih berterusan, telah menjadikan sebanyak 63 buah sekolah ditutup di seluruh negeri. Baca SINI

Sekitar Banjir Besar di Sekolah aku... 









Semoga banjir kali ini tersembunyi seribu satu hikmah buat semua. Semoga Allah gantinkan dugaan banjir ini dengan nikmat yang lebih baik. Harap-harap banjir surut la esok hari hendaknya



You may also like

15 comments:

  1. DIDOAKAN SELAMAT SEMUANYA N BERSABAR DGN UJIAN-NYA.

    ReplyDelete
  2. Wah. Dasyatnya. Mcm mna la nk mulakan persekolahan nanti. Semoga banjir cepat surut. Bertabah la cikgu² dan ank murid..

    ReplyDelete
  3. abe kie tinggal di Tanah Merah, Kelate. Meme besar gak banjir thn ni. Air mula naik pd 31 Dis. Kecut perut takut bah kuning 2014 berlaku lg. Mujur Rabu 4 Jan air mula surut. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gano doh arini abeki... sinih duk koho surut doh sikit.. tapi esok cuti lagi duk raso raso

      Delete
  4. Amin,moga banjir segera surut..murid-murid boleh kembali ke sekolah..sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  5. Semoga keadaan kembali pulih seperti biasa. Rumah makcik sy hampir2 di naiki air sbb hujan lebat non stop di KT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sekarang hujan dan berhenti

      Delete
  6. Moga2 segalanya dipermudahkan..sama2 mendoakan yg terbaik..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..teruknya..plan nk blk ganu raya cina ni..arap la pulih dh...

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan semua

    ReplyDelete
  9. banjir besar lagi terengganu tahun ni...kalau dah hujan berhari dan lebat...huhu...dulu duduk terengganu tahu dah situasi banjir ni

    ReplyDelete
  10. rumah saya air masuk sampai peha. baju semua mandi air banjir.

    ReplyDelete
  11. ya Allah, bertabahlah semua yang menghadapi ujian-Nya

    ReplyDelete
  12. Semoga musibah macam ni tak berulang..penat nak kemas rumah lepas tu kan...banyak plak kerugian

    ReplyDelete
  13. Semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete