bahejabella: Tips Bagi Anak Jadi Behave Di Kedai Makan

Tips Bagi Anak Jadi Behave Di Kedai Makan

/
4 Comments
November 12, 2016
Anak sedang growing up biasalah kalau tak boleh duduk diam. Walaupun aktif tu bagus untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak, ia mencabar jugak dan agak menguji kesabaran kalau nak jalan ke mana-mana

Salah satu tempat yang nak sangat anak kita jadi behave ialah di kedai makan. Malu la kan kat orang ramai tengok anak kita bising. Bising sikit-sikit ok lagi, kalau annoying kacau orang, gaduh, jalan atas kerusi sofa kedai tu main pakai kasut je, menangis sampai seluruh restoran dengar ... hurmm mati kutu gak tu kan nak pikior macam mana nak buat. Takkan memanjang jer nak bagi gajet.. kihkih..

2 hari lepas kitorang pergi makan di kopitiam favourite abuya di Kuala Terengganu ni, Pappa Rich. Abuya suka sangat menu kat situ dan Pappa Rich duduk carta nombor satu kopitiam terbaik kat sini..bagi abuya la.. highly recommended.. hehe


Kitorang order mee kari dan nasi goreng kampung special, ada sate , telur dan kepak ayam. Menu ada sedikit perubahan. Katalog menu pun dah baharu sejak pasca bajet. Paling ketara sekali cendol kegemaran aku dah jadi makin kecil portion.. ada menu yang telah ditiadakan dan digantikan dengan nasi ayam. Baheja ni suka sangat laa nasi ayam tu.. memang nasi ayam la yang diorang makan time tu

wajib order , cendol dan sagu gula melaka.. the best in town


Ini tipsnya nak bagi budak-budak ni diam. Beli buku. Buku murah-murah je. Buku tulis, warna dan sticker. Kebetulan sebelum masuk Pappa Rich tu, abuya masuk kedai buku nak beli buku sikit, belikan la diorang skali. Ini akan membuatkan tahap tidak duduk diam diorang tu menurun sehingga 80%.. Jadi, tempoh selesai order dan menunggu makanan sampai, banyak tumpuan diberikan untuk buku baharu diorang tu.. 


Ini anak abuya la,anak orang lain tak tahula macam mana gayanya. Bagi apa yang diorang minat (selain gajet). Tak semestinya kena membeli. Bawak buku dari rumah pun ok. Tapi biasanya budak-budak ni suka benda baharu. Kena la cari alternatif mengeluarkan sedikit kos di musim harga minyak naik. Kalau taknak kos, bawak jer mainan dari rumah tu. Itupun kalau diorang dah tak boring..hehe



Ni gambar tahun lepas. Nasi lemak Pappa Rich. Sepatutnya pergi Pappa Rich nak order nasi lemak ni, tapi dah kehabisan la pulak. Terpaksa la try menu lain. Esok baru diet... diet la sangat



You may also like

4 comments:

  1. waa bagus la cikgu. nanti ank lela pun nk buat mcm ni. lela ckup pantang tgk mak ayh duk bagi gadjet dekat ank2. baby2 pun dah ajr pegang jadget sebab taknak bg meragam. bukan xsuka ank pegang gadjet. tapi kalau jatuh pecah terburai kan x ke kena beli baru. ehehe.

    ReplyDelete
  2. minggu lepas saya pun di k terengganu.
    di batu buruk.

    terima kasih tip ni.

    ReplyDelete
  3. haaa betul..tips yang baik...itu pun kalau dia suka mewarna sendiri...kalau ajak mak abah warna sekali hehehe alamat makan sambil warna la...

    good sharing abuya

    ReplyDelete