Sarapan Di Kuala Terengganu : Nasi Minyak Jenab
Cuti-cuti ni banyak keyword masuk nak cari sarapan pagi di Kuala Terengganu. Hari tu dah cerita nasi minyak john . Di Kuala Terengganu atau lebih tepat Terengganu dan Kelantan ni, fenomena biasa la pagi-pagi dah pekena nasi, Kaya dengan macam-macam jenis nasi. Nasi minyak , nasi berlauk , nasi dagang , nasi kerabu , nasi lemak , nasi kuning dan segala macam juadah lainHaa kali ni nasi minyak lagi. Nasi minyak Jenab. Begitulah jenama nasi minyak yang dikenali ramai ini. Mungkin nama makcik atau pengasasnya ialah Zainab. Dia meniaga dengan anak-anaknya yang gigih membantu dan beberapa orang pekerja. Dari asalnya di kedai kecil yang berasaskan kayu , sekarang sudah berdiri teguh di bangunan batu, lebih besar dan selesa. Alhamdulillah
Harga nasi minyak Jenab ni RM 4.00 satu hidangan (nasi minyak , kuah gulai, ayam goreng , sambal , acar timun ). Ia nampak simple dan sederhana sahaja. Kuah pun nampak cair dan rasa kukurangan bawang. Tapi gabungan rasa nasi , ayam goreng kunyit , kuah , sambal dan acar tu keseluruhannya sedap dan lazat dan digemari dan dicari-cari sekelian ramai orang
Kitorang kalau nak beli nasi minyak Jenab ni , selalu pergi pukul 6.30 - 6.40 pagi lepas Subuh supaya tidak dikerumuni ramai orang dan mudah nak beli dengan cepat. Kalau pergi pukul 7 pagi ke atas , alamatnya memang berebut dengan orang beratur. Itu belum kira orang yang nak makan di kedai lagi. Apatah lagi di musim-musim cuti panjang ni. Orang balik kampung. Sesekali melepas kerinduan nak makan nasi minyak Jenab
![]() |
di meja juadah |
![]() |
dua orang anak Mak Cik Jenab sedang sibuk menyediakan dan membungkus nasi minyak |
![]() |
suasana awal pagi , masih belum ramai orang |
![]() |
Sarapan Di Kuala Terengganu : Nasi Minyak Jenab |
Harga Nasi Minyak Jenab :
Yang aku beli kat atas tu :
Nasi Minyak ( 5 orang ) : RM 20.00
Tambah 2 ketul ayam goreng lebih
: RM 5.00
: RM 5.00
Nasi himpit 1 bungkus : RM 1.00
Jumlah : RM 26.00 sahaja
Lokasi Nasi Minyak Jenab
Jalan Pulau Musang, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Telefon : 013-929 0795
Senang cerita , jalan Pulaau Musang , lebih tepat lagi di Kampung Kuala Bekah
Peta Lokasi Kedai Nasi Minyak Jenab : DISINI
![]() |
rupa nasi minyak Jenab yang dihidang sebelum di makan Jom Sarapan , ada lagi ni atas meja , cukup la untuk korang nak rasa |
Sedapnyaaa. Harga pun murah :)
ReplyDeleteWah tengok banyak kuantitinya...murah..
ReplyDeleteNize nnt lanjer kak lya..lama dah dok g sini..dlu masa kecik duk kat Kuala Bekah selalu g beli..mmg femes dah masa kita kecik2 dlu .ya nize ..jenab tu nama tuan asal laa..sekarang ni ank2 dia yg jaga ..
ReplyDeleteya.. kadang2 mak cik jenab muncul juga sekali sekala duk depan.. kdg2 duk dapur goreng ayam
Deletemesti sedap sgt kan. harga pun berpatutan.
ReplyDeletetak payahlah story bab sarapan di kuala terengganu. kita dah sampai Kuala jumpa pun takmau...ok fineeeeeeee
ReplyDeletebelah seberang takir sikit saya suka breakfast dekat kedai kari kambing hot tu.. kari dia, meleleh!
ReplyDeletebanyak borong...mana entri baru ni?
ReplyDeleteHahaha, nasik lemak dia best jgk tp jual sikit... klo pkul 7-7:30 tu dh abeh da
ReplyDeletekuahnya itu sangat menggiiurkan
ReplyDeletesarapan yg penuh kholesterol
ReplyDeleteLamanya dok makan nasi minyak jenab ni..
ReplyDelete