29 September 2015

TAK LAYAK DERHAKA , USAH TEMPAH NERAKA

Kalau marah dekat mak sekalipun , walaupun sungguh terang benar salah dia (pada hemat mu) , kamu belum tentu boleh balas jasa besar mak yang mengandungmu , lebih 9 bulan lamanya ke hulu ke hilir bawak perut besar , masa nak tidur , mengiring pun tak selesa , terlentang pun tak lawas , tidur pun hujung-hujung mata sahaja , bukan lena sangat. Kepala asyik duk fikir kau yang bakal lahir . Hati teruja tak sabar nak tengok kau. Anak yang mungkin sudah lama ditunggu-tunggu

Saat melahirkan bukan senang , putus tiga urat tubuh keranamu seorang. Sakit amat siapa yang tahu. Berjuang kalau mungkin tak hidup lagi, mati sahaja takdirnya

Saat kau lahir , mak (dan ayah) lah insan paling gembira. Bagaikan seluruh dunia dan seisinya mereka yang punya. Tiada kata gambarkan rasa. Anak nyamuk sekor pun tak bagi dekat , kau demam kuning , mak sudah menangis. Bila lapar dan dahaga mak bagi susu , kau meragam malam-malam , mak datang peluk memujuk. Kadang-kadang sampai pagi rengekan kau , mak setia terduduk

Tak cukup duit , mak hutang merata , kau apa tahu?

Mak jadi guru pertama, kau mula bertatih ,mak pimpin. Kau jatuh tersembam , mak pujuk bagi harapan

Dan hari ini kau kata kau berjaya kerana usaha kau seorang? Bukan kerana mak punya dorongan? Bukan sebab mak punya asuhan?

Kau dewasa kerja berjauhan , mak di kampung sorang-sorang. Mak bukan harap duit upahan, cukuplah sayang tidak berkurang. Selalu ada jadi peneman

Kalau pun tak cukup mampu seperti mak curah sayang , jangan la derhaka bukan kepalang. Lupakah kamu hikayat si tanggang?
Nanti dosa , jawab la depan Tuhan

Orang baru masuk Islam pun disuruh berbuat baik dengan mak ayah kandung

Sedar diri sikit anak! Walau seinci zarah kau tak layak nak durhaka!

3 comments:

  1. Ermmm...semoga kita semua dijauhkan dr jd ank derhaka..

    ReplyDelete
  2. Moga kita sentiasa mohon maaf daripada ibu bapa kita..

    ReplyDelete
  3. Nauzubillahi Min Zalik, antara dosa-dosa besar yang minta dijauhkan dari kalangan keluarga kita.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.