Kaya atau miskin , berdarjat berpangkat atau gelandangan , penghujungnya sama sahaja
Bergaji 30 ribu atau 300 , boss atau kuli , penghujungnya sama sahaja
Naik motor ke , naik jaguar ke , rumah papan ke rumah batu , penghujungnya sama sahaja
Makanan ruji ikan kering ikan sardin , ayam golek atau daging panggang, penghujungnya sama sahaja
Pakai baju crocodile ke baju bundle, handbag LV atau coach pasar malam , kesudahannya sama sahaja
Kulit kamu hitam atau putih , pengakhirannya sama sahaja
Blogger top atau cikai , picisan atau otai, penghujungnya sama sahaja
Penghujungnya sama sahaja , tempat akhir dunia yang sama. Kamu sultan , kubur kamu indah tersergam, hatta kamu tahu tempat kamu bakal dikuburkan, penghujungnya sama sahaja. Sekalipun tubuh hancur diletup bom atau dimakan jerung, penghujungnya sama sahaja
Saat tiga langkah manusia meninggalkan kamu sendirian di kuburan , sederas itu malaikat bertandang dengan soalan
Bersediakah?
Cukup sudah amal buat bekalan? Berapa ribu kali taubat nasuha dimungkirkan? Berapa banyak kali lagi nak dengar bisik-bisik syaitan? Ralit diulit tipu daya kehidupan? Sedang mati pun sesaat tidak dilewatkan?
![]() |
Penghujungnya sama sahaja |
hurrmmm....terima kasih mengingatkan hari kematian
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengingatkan
ReplyDeleteInsaf...
ReplyDelete"untuk diri sendiri"
ya penghujungnya sama sahaja, kdg kita lupa lalai dgn dunia :(
ReplyDeletebetul!kaya mana pun,hebat mana pun..kita tetap hambaNya..
ReplyDeleteermm..insaf...
ReplyDeleteBetul tu abg nizam. penghujungnya kita sama :) Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)
ReplyDeleteBetul tu... pengakhiran kita sama sahaja. Niat kehidupan beserta amal jariah yg membezakan darjat kita di sisiNya.. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini.
ReplyDelete