DOA SEBELUM PEPERIKSAAN
Teringat ketika era yang sudah lama aku tinggalkan, tatkala asyik disibukkan dengan exam , exam , exam. Bermula USPR sampai lah SPM. Ada lagi peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) untuk layak ke Kaherah. Dari tahun 1996 sampai lah 2003. Selalu dimomokkan kena lulus peperiksaan , kena dapat straight A , nanti dapat kerja bagus-bagus. Belajar untuk periksa?
Antara tahun-tahun tersebut , sehari sebelum peperiksaan , pernah ustazah aku bercerita akan kegusaran anaknya yang mahu mengambil peperiksaan di Kaherah. Di Kaherah , untuk universiti alAzhar , dulunya silibus untuk mata pelajaran AlQuran di wajibkan menghafal 2 juzuk setahun. Jika naik ke tahun dua bermakna wajib hafal dan ingat 4 juzuk dan begitulah seterusnya. Soalan peperiksaan untuk mata pelajaran itu mengambil kira untuk silibus tahun-tahun sebelumya. Contoh untuk soalan peperiksaan ketika di tahun 1 , hanya 2 juzuk iaitu juzuk 1 dan 2. Untuk soalan semasa di tahun 2 ialah juzuk 1 hingga 4 (bukan juzuk 3 & 4 sahaja). Ini bermakna , sampai ke tahun 4 di universiti , wajib hafal dan ingat 8 juzuk AlQuran. Ada ujian lisan dan bertulis. Peperiksaan termasuk kesemua silibus ( juzuk 1 hingga 8 )
Ketika di tahun 4 , anak ustazah aku tu bimbang sebab masih lagi belum lancar dan fasih alQuran juzuk 7 dan 8. Dia hanya lancar juzuk 1 hingga 6 sahaja. Sedangkan semua tahu bahawa soalan peperiksaan alQuran termasuk kesemua silibus dari tahun 1 hingga 4 iaitu 8 juzuk kesemuanya
DOA MUDAH MENJAWAB PEPERIKSAAN
Lantas , ustazah aku menyuruh anaknya mengamalkan sungguh-sungguh satu ayat dalam surah al-baqarah sebagai ikhtiar menghadapi kesulitan dan saat-saat sukar. Ayat itu ialah ayat 137 dari surah alBaqarah , iaitu :
![]() |
Surah alBaqarah , ayat 137 |
Mafhumnya :
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.
SOALAN PEPERIKSAAN HANYA KELUAR SILIBUS YANG DIA HAFAL SAHAJA?
Apa yang terjadi? Ini yang diceritakan oleh ustazah , Alhamdulillah , ketika anaknya itu mengambil peperiksaan , soalan yang keluar untuk mata pelajaran alQuran hanyalah sebanyak 6 juzuk sahaja seperti yang telah lancar dan fasih dia hafal. Akhirnya lulus dengan bergaya
Selamat beramal!
Alhamdulillah..yakin..in sya Allah Allah bantu...sekarang hujung tahun..musim peperiksaan ni..
ReplyDeletesemoga anak2 yg hadapi exam menjawab soalan dgn tenang n beroleh kejayaan yg diharapkan.
ReplyDeleteDisamping doa, usaha kena la tip top juga..;)
ReplyDeleteinsyaallah doa tawakkal dan usaha
ReplyDeleteteringat masa nak amik exam dulu..takut ,semua ada..
ReplyDelete