16 July 2015

#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun Hari Raya

Ok ni tajuk last #cabaran20hari. Tajuk main mercun. Aku ni skema sikit. Skema campur matang , mercun mercun ni mana pandang sangat. Rugi je beli dan bakar duit. Kita baca buku je 24 jam. Hashtag poyo , kan

Tapi memang betul , walaupun duduk kampung , tapi era aku dah lepas main-main meriam buluh semua tu dah tak ada dah

Main jugak sebenarnya. Mercun biasa biasa je ada lah. Masa kecil , selalu tengok abang je yang main. Memang seronok la , meletup letup warna warni. Kadang-kadang bila baluk sekolah , singgah kedai runcit beli mercun nak bagi kat abang main semua tu

Hari raya tak main mercun , mercun kebiasaannya dah main masa malam-malam Ramadhan selepas berbuka puasa. Syoknya bukan pada mercun sangat , tapi pada ikatan kekeluargaan tu

Aku ingat lagi masa tingkatan tiga , di asrama , ada geng-geng yang bawak mercun ketupat.  Dorm kami di tingkat tiga. Bunyi mercun ketupat punya la kuat. Diorang suka buat gempak kejutkan dan takut-takutkan orang yang ada di blok bawah. Kadang-kadang diorang letupakn dalam tin biskut dan lempar tin tu ke bawah

Sekarang dah ada anak kan , bagi jugak kat diorang main bunga api. Ye lah takkan nak bagi duduk dalam rumah je kan. Tetap bagi bunga api , kitorang pun main sama-sama la. Lepas gian

#Cabaran20hari #Day20
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.