bahejabella: #Cabaran20Hari Lagu Raya Kegemaran

#Cabaran20Hari Lagu Raya Kegemaran

/
6 Comments
July 08, 2015
Haihh nak kena nyanyi pulak ke tajuk ni? Ke nak buat video cover masuk youtube? Hangpa jangan , satgi ada yang tertidur lena dibuai hujan yang tiba-tiba turun sebab nak kena buat cover lagu raya

Lagu raya ni tak adalah nak beriya sangat. Kata raya. Adat melayu bila raya kena pergi beraya la. Bukan nak berkaraoke atau 24 jam duk mengadap televisyen tengok gedik-gedik raya

Ok la , lagu raya zaman dulu memang evergreen , malar segar sepanjang zaman , menangkap betul la mood raya tu kan. Majoritinya memang betul ,  boleh buat halwa telinga dan menambah mood raya. Biasa banyak dengar lagu raya ni masa dalam kereta , nak balik rumah tok di seberang perai sana. Tak lain , tak bukan , lagu raya yang tangkap mood masa dalam kereta nak balik rumah tok tu haruslah lagu balik kampung ( sudirman ). Kena la dengan suasana tu kan, Sama-sama ikut nyanyi dengan adik beradik. Riuh rendah dalam kereta. Korang tak ada kampung? Duk diam-diam dalam rumah ok

Masa membeli-belah naju raya pun banyak dengar lagu raya yang di pasang. Kadang-kadang awal Ramadhan pun dah pasang lagu raya. Puasa la dulu kot ye pun. Dulu masa zaman guna telefon nokia , main-main tukar ringtone kan , haa ringtone lagu raya tidak ketinggalan. Masih ingat , ringtone lagu raya paling kegemaran ialah lagu selamat hari raya oleh ahmad jais

Kalau lagu moden ni yang mencuit emosi pulak , lagu ayah yang mawi nyanyi tu. memang teringat-ingat kat arwah ayah. Syahdunya rasa


#Cabaran20Hari  #Day11
#ExchangFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari



You may also like

6 comments:

  1. lagu raya zaman-zaman dulu juga yang boleh up mood... sekarang ni kureng sikit...

    ReplyDelete
  2. setuju2 lagu moden sekrang semua mcm pffttt tak best . hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sikit sangat je yg best huhu.lagu lama terbaekk

      Delete
  3. Lagu "WOoowooo balik kampung" juga jadi kegemaran majoriti . Haha

    ReplyDelete
  4. nak kc nyanyi tak abe nize balik kampung?hahahaha.dah sedia mic ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Hehehe lagu raya kita suka lagu MNasir

    ReplyDelete