07 July 2015

Siapa punya cadangan tajuk ni pun tak tahu la. Macam dah kering idea pulak aku nak berkarya. Tetamu raya yang ditunggu-tunggu. Aku pun tahu korang juga tengah kekeringan idea kan? Ermm mengaku je la. Tapi untuk mengekalkan ketegaran berblog , gagahkan diri je lah habiskan semua tajuk yang dicadangkan dan diputuskan

Rumah tok (nenek) di seberang perai utara , sejak keluarga kami ada van nissan vanette , kami sekeluarga selalu balik raya di seberang perai utara, penang setiap tahun. Hari akhir Ramadhan biasanya sibuk , sibuk yang amat. Orang ramai nak beli perabut saat-saat akhir. Berpusu-pusu masuk kedai mak. Tak menang tangan nak melayan. Tak cukup dengan pekerja yang ada, aku , abang dan adik beradik tolong pasangkan perabut . Tak sudah dengan tolong pasang perabut , kami tolong pulak pergi hantar barang perabut dan elektrik dengan lori. Tak cukup lori , dengan van nissan vanette pun boleh muat

Sudahnya sampai lewat malam kami hantar perabut-perabut itu ke rumah pelanggan. Ini senario biasa keluarga kami. Kadang-kadang sampai 3 pagi malam raya pun baru selesai semuanya. Lepas tu barulah kami boleh bertolak ke seberang perai utara. Adakalanya sampai subuh pagi raya. Kadang-kadang , masuk hari raya pertama baru bertolak. Perjalanan pun tak tergesa-gesa sangat

Jadi, tetamu raya yang sentiasa di tunggu-tunggu ialah kami , keluarga kami, untuk lebih memeriahkan raya yang disambut di utara setiap tahun. Dianggap tetamu juga la kan. tetamu rumah tok. Selalunya dua keluarga besar akan pulang ke rumah tok musim raya. Keluarga kami dari Terengganu dan keluarga mak su ( adik mak ) dari Johor. Sekali berkumpul , meriah habis. Teringat benar kenangan pagi-pagi raya kedua atau ketiga , kami pergi cari kepah di hujung Kuala Muda , Seberang Perai tu. Seronoknya. Balik rumah tok , mak ngah masak cucur kepah dan bihun goreng kepah. Aduii lazatnya

Sekarang makngah dan tok pun dah meninggal seminggu sebelum Ramadhan tahun ini , terasa juga kehilangan dan kemeriahan raya kali ini


#Cabaran20Hari  #Day10
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari


9 comments:

  1. haaa...tuan punya cadangan tajuk ni pon dah kering idea.huh.! ; eh atok kau nizam orang utara? ..oooo awat tak bagitau siang2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baca la tu blog kite... cerita kronologi chek ada darah utara.. haha

      Delete
    2. pcl rupanya yang cadang tajuk ni. hmphh susah tau nak pikiaqqqq hahah

      Delete
  2. Cheq pun berdarah utagha gak.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ramai ye blogger utagha... haha

      Delete
    2. sape lagi blogger utagha abe nize? :p

      Delete
    3. kak ira mu bukan selalu balik baling ka.. haha

      Delete
  3. memang best beraya dengan keluarga dan sanak-saudara. meriah dengan gelak ketawa gurau senda. berkat pun berkat inshaaAllah :)

    kc kampung kat perakkk n pahang #sajanakbagitahu :p

    ReplyDelete
  4. Sesekali dapat kumpul ramai2.mmg best

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN