Sebahagian orang kita , ya ,orang kita kadang kadang malu tak bertempat , segan-segan yang tak patut , takut-takut tak bersebab. Orang lain berebut-rebut nak terkehadapan, sebahagian kita masih selesa di takuk yang sama, kalau boleh nak mengundur lagi adalah dua tiga tapak ke belakang
Antaranya bila solat jumaat atau berjemaah, malu sangat nak ke saf hadapan yang kelihatan kosong, main tolak-tolak , mu tengok aku , aku tengok mung, beat siapa yang nak masuk saf depan, kalau tertengok ada ruang kosong kat saf belakang , kadang-kadang merelakan diri nak undur ke belakang, agaknya apalah yang ada kat kaki tu ya , ade emas kot?
Kalau lah disingkap hijab kelebihan-kelebihan yang lebih besar di saf saf hadapan , agaknya barulah berebut-rebut nak ke hadapan. Berebut-rebutlah semua nak duduk belakang imam
Teringat masa di Cairo, lain benar dengan budaya arab ,cergas berebut-rebut nak ke depan , solat rapat-rapat berlaga bahu dan kaki, jarang tengok budaya segan tak bertempat macam orang kita
![]() |
rapat-rapatkan saf |
Itu baru bab solat jemaah orang kita, bidang-bidang lain? Agak-agak nak terkehadapan atau termengundur?
tepuk dada , gosok perut...
MALU NAK BERNIAGA
Agak-agak kalau nak mula berniaga , itupun untuk kemajuan diri sendiri , mahu ke malu? Atau lebih sanggup tengok orang-orang kita ( memang dah realiti pun ) jadi kuli dengan tauke Bangla dan Nepal sahaja? Usaha tak mahu , asyik jual tanah , lama-lama nanti bumi dipijak pun jadi milik orang lain , anak cucu merempat di bumi sendiri ( Na'uzubillahi min zaalik ). Mengeluh pun sudah tidak berguna lagi. Malu dapat apa? Rugi sahaja
masyarakat melayu kene sedar..
ReplyDeletemarah laa pulak orang melayu nanti duk sebut2...
Deletemasih ramai yang tak jelas bab ni...
ReplyDeleteperkongsian yang baik nizam :)
ReplyDeletememang pernah jumpa orang yang malu berniaga..nak jual kuih pun malu..suruh jual tudung pun malu..tapi pelik tak de duit pinjam kat orang tak pulak malu..
ReplyDeletebenar sekali...
Deletehm..betul sangat!
ReplyDeleteKann. kadang kadang tu malu tak bertempat
ReplyDelete