12 December 2017

RESIPI CEKODOK MEE MAGGI UDANG


Jika ketandusan idea nak masak menu minum petang atau sarapan pagi dan nak cuba sesuatu yang berbeza ( beza sangat kan), boleh lerr try buat cekodok (jemput-jemput) mee segera maggi campur udang. Haa kan panjang namanya tu. Pendekkan ajer la jadi cekodok maggi. Maggi tu maksudnya mee segera jenama maggi atau mana-mana brand pun ok



RESIPI CEKODOK MEE MAGGI UDANG


Jujurnya, mula-mula tengok juadah ni kat rancangan ketuk-ketuk Ramadhan si Shiela Rusly tu sambil dengar mulut dia pot pet pot pet... ringkas ajer menunya. Semua orang leh buat ni. Cuma pelbagaikan stail dan gaya ikut kreativiti masing-masing la

BAHAN-BAHAN CEKODOK MEE MAGGI UDANG

1 - Sekilo tepung gandum. Aku lebih gemar pilih tepung brand Faiza, biar mahal seringgit dua asal tak ada bahan pemutih yang merosakkan kesihatan. Dah laa menu nya pun maggi, harap-harap tak kena kecam

2. 2 bungkus mee segera maggi, dilembutkan terlebih dahulu

3. Udang, aku tak kira pulak berapa ekor tadi.. 20 ekor ok kot. Dipotong tiga kecil-kecil

4. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk

5.Telur kecil 4 biji, kalau besar 2 biji

6. Serbuk penaik (baking soda) dan garam secukup rasa jika perlu. Kalau taknak letak garam pun ok sebab perencah mee maggi dah ada rasa masin

7. Daun kucai

CARA MASAK CEKODOK MEE MAGGI UDANG

Macam biasalah korang buat cekodok, cucur, jemput-jemput. Campur semua bahan

tuudiaa proses awal sebelum menggaul. Campurkan je semua bahan

mee maggi yang telah lembut serta perencah dimasukkan. Kini sedia untuk digaul sebati

sebelum goreng

hasil kejadian


Alhamdulillah dah kenyang.. 
Selamat menjamu selera

7 comments:

  1. Wahhh! Menarik nie. Nampak sedap

    ReplyDelete
  2. wah first time dengar... macam nampak sedap le pula

    ReplyDelete
  3. waa.. resepi rare ni.. nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Amboi mee magi pun boleh buat cekodok ye. Kreatif

    ReplyDelete
  5. Wow, first time jumpa resepi nie, hujung minggu ni nak cuba la...

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com