08 December 2017

Ibu Bapa Pembunuh Motivasi

Anak kecil sampai satu stage penerokaan umur dia, diorang pandai nak buat sendiri. Contoh basuh tangan panjat kerusi buka paip, ikat tali kasut walaupun caca merba, pakai pampers pun sendiri walau longgar, lipat baju walaupun tak kemas, pakai baju walaupun lambat, sikat rambut walau tak rapi

Anak baru saja nak cuba sesuatu yang baharu contoh lainnya pakai butang baju, tapi dek kerana lambat sangat, mak ayah pula selalu nak rushing dan perfect, maka di akhirnya kita sendiri yang selalu selesaikan butang baju tu


kak ngah

Kesilapan besar disitu kerana membantut percubaan serta usaha dia.  Tanpa sedari atau tak sengaja, ibu bapa lah yang terawal membunuh motivasi anak-anak. Lambat laun mereka akan hilang keyakinan diri, potensi, keunikan dan kemahiran yang dia ada.

Sepatutnya biarkan dia selesaikan sendiri terlebih dahulu walaupun selalunya baju jadi senget sebab salah masuk butang. Yang sebetulnya berilah motivasi dan pujian seikhlasnya atas usaha dia

Kita nampak senget salah masuk butang, tapi anak nampak dia berjaya selesaikan pakai butang baju setelah usaha yang gigih


masa kecik, nak sikat sendiri..
 haa kan dah nangis tu sebab rambut tersekat di skala 6.. haha


3 comments:

  1. Setuju...
    As a parents, biarkan saja anak mencuba selagi tidak membahayakan mereka....

    ReplyDelete
  2. Betul...silap tak apa..puji kejayaan dulu,mana silap betulkan dan nasihati...sebab itu semua proses.

    ReplyDelete
  3. Kalau anak saya memang kami perhatikan saja sampai dia berjaya. Sengaja nak biarkan dia mencuba tanpa mengalah

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.