Selamat berpuasa. Salam Nuzul Quran. Lagi resipi mudah berbuka puasa hari ini. Untuk tahun ni dah masuk siri ke tiga resipi mudah berbuka puasa selepas kambing masak blackpepper sedap dan wrap and roll . Semuanya mudah-mudah , simple dan ringkas. Asal tengok apa yang ada stok dalam peti je... boleh on the spot idea masak.
Resipi Mudah Berbuka Puasa : Ikan Kerisi Goreng Sedap
Kali ni resipi termudah untuk berbuka puasa ialah ikan kerisi goreng... haaa.. ikan goreng pun boleh buat entri. Ikan goreng bukan sebarang ikan goreng tau, ni nak habaq rahsia kasi ikan kerisi goreng tu sedap dan unik...(unik sangat)
Banyak gak duk intai resipi-resipi ikan kerisi goreng dalam google tu. Semuanya menarik , tasty and lovely. Ada yang campur serbuk ikan, kari, daun kari, siap blend bawang + serai, ada yang masuk cili boh.. Ermmmm sedap kan. Tak ada lah rasa kunyit kosong saja
Bahan yang rahsia (rahsia lah sangat) nak bagitahu dari tadi ialah.... asam jawa! Ye.. asam jawa. Korang pun mesti dah pernah buat ni. Chef-chef buat-buat pejam mata je la resipi ni ye. Kataaa.. mudah. Ni untuk anak dara dan teruna yang baru nak belajar masak.. hehe
Bahan-bahan :
Ikan kerisi
Serbuk kunyit
Garam
Asam jawa
Cara masak :
1. Bersihkan ikan , buang isi perut , potong insang, JANGAN BUANG SISIK.. sisik tu la signature ikan kerisi..kan..kan
2. Belah bahagian belakang ikan
3. Gaul/sapu/ratakan/sebatikan ikan tu dengan kunyit, sedikit garam dan asam jawa
4. Goreng sampai garing
5. Makan dengan nasi panas, side ordernya sambal kicap bawang pun sedap!
*asam jawa tu jangan la banyak nawww.. kang terlebih masam pulak..
Selamat berbuka puasa!
yang goreng2 la sedap
ReplyDeletekalau lagi lapar apapun terasa nikmat
ReplyDeleteikan masih panas memang mantap rasanya
ReplyDeletecocok buat buka puasa
ReplyDeleteSA pun suka Ikan kerisi goreng macam Ni..cicah plak budu...wallaaaaaa....
ReplyDeleteCicah dengan kicap +cuka.. fuhhh! Dah cukup nikmat bagi ena
ReplyDeletepaling suimple.... cecah ngn ;lada wajib
ReplyDelete