Bahan-bahan Ketam Masak Lemak Nenas
10 ekor ketam saiz boleh tahan untuk satu periuk biasa
5 ulas Bawang putih
5 ulas Bawang merah
1 inci Kunyit Hidup
1 batang Serai diketuk
Halia sebesar ibu jari
1 keping asam keping
1 sudu Serbuk Kari Ikan - bagi naik warna dan rasa
Santan - 1 paket
Nenas - 1 mangkuk kecil, dipotong comel-comel gitu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara Masak Ketam
Masak Lemak Nenas
Ketam direbus terlebih dahulu
1. Tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
2. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam kuali, api perlahan sahaja
3. Masukkan serai yang dititik dan santan
4. Masukkan serbuk kari ikan.
5. Nampak mendidih masukkan ketam, nenas, asam keping, garam dan gula secukup rasa
Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi panas, ikan goreng, sambal belacan dan ulaman
Selamat Mencuba
Kurang suka makan ketam. Susah nak kopek.
ReplyDeletemenu cny ke ni
ReplyDeletesy tak minat sngt ketam tapi fam members lain suka..
ReplyDeletetp kalo masak nenas cemni sy akan amek kuah n makan dgn ikan masin =D