07 December 2019

RESIPI TAUHU BERGEDIL DAGING PALING MUDAH

Aku peminat tegar tauhu bergedil daging. Pantang jumpa orang jual tepi jalan, mesti trigger nak beli. Cuma masalahnya satu jerlah, kadang-kadang kecewa orang yang jual barang makanan ni biarlah macam nak makan sendiri.. macam mana kita nak makan macam tu lah jual kat orang... Sambal kicap banyak yang okay dah. Tauhu bergedil daging tu kekadang nama je ada daging, tapi seketul daging pun tak jumpa. Pastu ubi kentangnya berketul ketul, tak lumat semasa dilenyekkan.. tu aku kurang gemar tu..


RESIPI TAUHU BERGEDIL DAGING PALING MUDAH


Lantas untuk mengubati kekecewaanku itu.. aku memutuskan untuk buat sendiri tauhu bergedil daging , cara akulah... harap tidak menerima kecaman ye

Walaupun ramai yang dah expert buat tauhu bergedil tapi terima jerlah resipi istimewa abuya ni.. hehe


Ubi kentang tu guna french fries segera yang dijual di supermarket. Tu aku campur sekali dengan ubi stail wedges gitu brand Ramly.. Masak dalam air fryer ye.. jimat tenaga tak perlu kupas dan rebus.. kihkih


Goreng sekejap daging kisar Ramly.. guna minyak zaitun.. nampak ada isi ayam dalam peti aku campurkan sekali..

lenyekkan french fries yang dimasak dalam air fryer tadi.. campur daging kisar yang telah digoreng.. aku masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam..

gunting tauhu.. buat bentuk tambah (+).. kalau isi tauhu tu banyak, keluarkan dan campur sekali dalam bahan sumbat ubi dan daging tadi

kemudian isi jerlah semua bahan sumbat tu ke dalam tauhu


Celup tauhu yang telah diisi ubi dan daging tersebut ke dalam telur dan goreng dengan riang gembira


sesambil tu boleh buat sambal kicap.. goreng sekejap cili dan bawang putih..cili ikut tahap kepedasan yang diingini.. lepas siap goreng, masukkan ke dalam blender bersama gula, sedikit garam, sedikit bawang goreng dan sudah tentulah kicap dan blend lah dengan kuasa dua atau tiga

hidang dalam mangkuk

lepas makan separuh pinggan baru ingat nak snap gambar bersama sambal kicap abuya yang tersedap di alam semesta tu..

hidangan enak di kala hujan renyai sejuk sejuk banjir ni... Alhamdulillah

Selamat Menjamu Selera

Dahh... pegi buat, pastu cod kat abuya sikit..

No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.