Antara soalan lazim khususnya dari orang tua-tua bila kita balik dari umrah/haji ialah "dapat cium hajar aswad tak"?
Kita pergi Mekah kita nak cari pahala, kemudian masa tawaf, kita nak sangat cium Hajarul Aswad. Kemudian kita tolak semua orang ke tepi, kita himpit makcik Kazakhkstan, melolong makcik tu, kemudian kita siku pulak Pakcik Indonesia, nak terjatuh dia
Hajar Aswad (Black Stone)
Kita guna badan, loloskan diri macam main ragbi, ada pulak makcik tersepit dalam kumpulan dia, kita tarik dia ke belakang, kita tonyoh pulak kepala dia, berasak kita, kemudian kita pun berjaya cium hajarul aswad.
Kita cari pahala Allah, tapi kita siku orang, tonyoh kepala orang, kita main badan sampai tak bernafas orang- semua ni nak kira macammana dik?
Kita fikir nak jaga hubungan dengan Allah je, hubungan sesama manusia di sana kita tak peduli kah?
Memang hajar aswad batu dari syurga, asalnya putih lantas menjadi hitam dek dosa-dosa manusia. Tapi menciumnya tak wajib dan bukan rukun haji/umrah pun
Apatah lagi untuk kaum wanita. Sungguh pun anda makin moden dan urban, anda mampu setanding lelaki dalam karier, kewangan atau intelektual, namun dalam sesetengah hal, susah untuk anda menewaskan lelaki dan anda terpaksa mengakuinya.
Kalau dah tahu keadaan sangat sesak, tak perlu lah cuba untuk sampai ke hajar aswad semata-mata untuk menciumnya. Apatah lagi nak berlanggar-langgar dengan orang lelaki yang gagah gagah perkasa dari pelbagai negara. Cukuplah melambai-lambai hajar aswad dari kejauhan
Memang hajar aswad berbau wangi. Tapi kita perlu realistik kadang-kadang wangian tu hanyalah dari minyak atar yang diletakkan oleh pengawal, bukan bau dari syurga
Antara larangan semasa berihram juga ialah mengenakan wangian. Hati-hati kalau terkena minyak atar yang disapu ke hajar aswad tersebut, anda boleh di kenakan dam (denda) haji. Asalnya kalau tak cium hajar aswad tak dosa pun. Dah pergi cium, terkena pulak minyak atar tu. Tak pasal-pasal pulak kan
Betul 2..sila datang ke blog saya.. Http;\\akuman85.blogspot.com
ReplyDeletekalau dapat peluang cium alhamdulillah
ReplyDelete