Semalam rase macam kurang tidur je. Pagi ni mengantuk dan kalau di layan mesti tertidur sampai pukul 1 petang. Mula la gelabah nak siap-siap untuk solat Jumaat. Time khutbah pulak mesti ada aura-aura mengantuk bersambung dari sessi pagi
Biasa kan macam tu, teringat dulu duk asrama kalau sambung tidur sekejap lepas Subuh dan terpaksa bangun nak pergi sekolah, mesti sessi pagi dalam kelas tu mengantuk lagi. Lemau dan tak ada semangat. Kawan-kawan cakap kalau taknak mengantuk, jangan tidur sebelum pergi sekolah tu (selepas Subuh). Katanya nanti makin mengantuk dalam kelas waktu pagi. Almaklumlah, dah la tertidur lepas Subuh, makanan kat asrama pulok tak ada la terlalu berkhasiat sangat..haha. Semua tu faktor yang menyumbang
Alhamdulillah, CINCH TEA MIX ni sangat-sangat membantu buat hilang mengantuk dan terangguk-angguk semasa khutbah Jumaat. Bagi sestengah orang, saat khutbah Jumaat didendangkan, itulah saat paling berbahagia untuk tertidur dan termimpi sampai ke amerika. Maklumlah, tengah hari kan. Kena pulop khutbah yang tak bermaya. Mata yang asalnya dah kuyu terus rasa nak tidur. Kalau boleh nak baring je atas karpet masjid yang empuk tu
Abyuya dah lama tinggalkan ketagihan yang teruk kepada nescafe dan yang seangkatan dengannya. Jujurnya dah suka dan ghairah sangat nescafe ais start dari darjah 6. Arwah ayah selalu ajak lepak makan roti canai malam-malam kat kedai. Haa air apa lagi yang aku mintak, tentulah nescafe ais. Kini dah beralih kepada cinch tea mix untuk tenaga
Kebiasaanya selalu pekena cinch tea mix kalau nak stay up malam, lepas bersahur di bulan puasa, memandu jauh dan kadang-kadang awal pagi untuk mulakan hari bekerja. Takder la lemau sangat nak kerja. Tapi awas ye, kalau tak ada kerja nak buat lewat malam, jangan acah-acah nak bancuh tea ni malam-malam buta, kang tak tidur sampai pagi
Macam biasa tadi sebelum solat Jumaat, bancuh cinch tea. 2 sachet terus untuk segar bugar sampai ke petang. In sya Allah
Shaklee Terengganu
013 976 1627
013 976 1627
013 976 1627
nizang
No comments:
Post a Comment