Rasanya majoriti menyebut mee segera (instant noodle) tu maggi. Tak kira la apa juga brand, style dan perisa. Sedap jugak layan maggi kari dengan cuaca hujan lebat sekali sekala rintik-rintik ni. Lama dah tak buat perangai gitu. Lama dah insaf sentuh dan bau maggi, harini pulak termengidam
RESIPI MAGGI KARI SIMPLE
Dah nama pun simple, memang senang dan cepat la disediakan. Ambik apa yang patut dan campak je
MAGGI KARI
Objek utamanya tentulah sebungkus maggi kari atau bahasa bakunya, mee segera brand MAGGI
Ni stail aku la ye yang sangatla simple dan nak cepat siap. Mula-mula goreng bilis, guna 2 sudu minyak sudah. Nampak hampir garing tu, tambah bawang besar yang diricik halus dan digoreng sekali. Asingkan bilis dan bawang yang dah siap digoreng. Baki minyak gorengan tu jangan dibuang. Guna buat masak maggi
Terus masukkan air (aku guna air tapis yang panas), ye laa kate nak cepat masak. Masukkan sekdikit ayam goreng (aku nampak ayam bawah saji, aku ambik la) disiat siat halus macam orang bubuh dalam mee celup
Masukkan perencah maggi kari, sedikit sos cili thai, 3 titik kicap dan satu sudu besar lada hitam. Masukkan maggi dan sebiji telur. Jangan hancurkan telur, biarkan ia cantik elok sebiji dan aku suka warna merahya masak 3/4 sahaja
Aku biarkan airnya tinggal sikit je. Tak gemar kuah banyak. Biar ia nampak macam maggi goreng basah pulak. I like.. hehe. Dah siap tuang dalam mangkuk, jangan lupa toppingkan dengan bilis goreng tadi. Jemput tengok ye
Amboi sedapnya..sama menu kita hari nie ya..
ReplyDeletelama xmkn megi..
ReplyDeleteSimple bebenor sis bahajabella 😃
ReplyDelete.
Maznee suka pedas, letak cili segar dan sos cili.
.
Kuah nak sikit dan pekat.
.
Telur pu. Biar tak hancur
.
Letak pula stimboat wah
.
Memang jilat mangkuklah
.
Haha
memang lain dr lain ... siap ada ikan bilis ...
ReplyDeleteFuyoo dap ooo.
ReplyDeleteMak oiii terus terliur ni
ReplyDeleteSaya biasa rebus Maggi letak kuah Kari mamak beli Kat restoran Nasi kandar hahahaa
ReplyDelete