Resipi pulok.. koktail buah-buahan ni harus ramai yang sudah pakar membuatnya. Pejam mata pun boleh buat kan. Senang dan ringkas sangat. Juadah ni kerap menjadi pilihan sebagai pencuci mulut
Bulan puasa hari tu kalau ada koktail, juadah ni dululah yang menjadi rebutan, bukan jadi pencuci mulut dah, tapi boleh berbuka kenyang hanya dengan koktail buah ni sahaja. Anak-anak buah yang ramai siap berebut, awal-awal lagi dah cop cawan masing-masing siap sedia nak isi koktail buah ni sebelum berbuka puasa. Yang dewasa pun sama... aku la tu antaranya.. heheh..
Petang tadi teringat dan termengidam pulak koktail buah-buahan ni. Alang-alang dah pergi Giant nak beli pampers, grab skali laa buah-buahan dalam tin. Cukup untuk lepas hajat mengidam. Budak-budak pun suka. Buat untuk satu jug je. Sejukkan dalam peti ais... perghhh nikmat
Resipi Koktail Mudah
Bahan-bahan :-
- Satu suku tin susu cair
(brand Ideal & Gold Coin)
- Suku tin susu pekat (Gold Coin)
- Sedikit garam untuk rasa lemak
- Buah Laici dalam tin
- Buah Longan dalam tin
- Buah Rambutan dalam tin
- Nata de Coco (budak-budak selalunya ambik yang ni je, buahan lain tak makan sangat)
Cara Buat Koktail Mudah
(ni resipi simple , tak ada adegan panas memanas, semua bahan dituang dan digaul sekali)
1. Buka tin buah-buahan dan nata de coco. Toskan air (syrup) dalam tin, guna buah-buahan sahaja
2. Masukkan semua buah-buahan dan nata de coco ke dalam jug. (Kalau buat dalam basin, masuk kan lah dalam basin)
3. Masukkan satu suku tin susu cair
4. Masukkan secubit garam untuk rasa lemak
5. Masukkan suku tin susu pekat
6. Sebatikan semua bahan, boleh juga tambah daun pandan
7. Sejukkan dalam peti ais dan koktail buah-buahan simple ni sedia untuk dimakan
tak colourful sangat sebab semua buah warna putih.. dah yang ni je favourite..
kalau nak buat jamuan besar, boleh la beli nata de coco tu yang warna -warni sikit, baru meriah
ratahan kali kedua dah ni...
Selamat menjamu selera.. jomm
sedapnya.. :)
ReplyDeletetowing services KL/Selangor/N9/Melaka
http://gg.gg/towingservices
sedapnya.. :)
ReplyDeletetowing services KL/Selangor/N9/Melaka
http://gg.gg/towingservices
Sedapnya bila dimakan sejuk...
ReplyDeleteAM selalu buat tapi susu cair AM akan panaskan dulu bersama kastad bagi pekat sikit..
Masukkan dalam peti sejuk dan cicah gan roti..sedapnya
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
saya selalu masak susu cair dengan tepung kastad sikit ...sedap ....
ReplyDeleteye.. pernah makan yg ada tepung kastard... agak kurang menepati taste tekak
Deleteamboi..sdapnya..:)
ReplyDeleteSEDAPNYA DIMAKAN SEJUK
ReplyDeletewah dah mula ke dapur
ReplyDeleteselalu okkayy
Deletebaru je buat smlm kat kampung tapi unni guna sirap ... bia menarik sikit warnanya..hihihihi
ReplyDelete