AISKRIM CHOKI CHOKI
Alaaa... aiskrim choki choki lagi ke. Ye la sebab bukan saja fenomena melanda negara , tapi turut menjadi fenomena di rumah ni ha. Haritu buat , sehari je dah habis. Kali ni kebetulan sanak saudara ramai yang pulang , kita buatlah setakat yang mampu bagi hilang kempunan nak merasa aiskrim Malaysia ni.
Haritu picit choki choki dengan gigi aku je. Hehe.. Ye la nak bagi baheja dengan adik dia je pun makan. Ni dah nak bagi ramai sedara mara merasa, picit la choki choki tu dengan senduk nasi. Tak tergamak pulak nak gigit
Kali ni buat 2 versi , 2 perisa. Perisa choki choki dan oreo campur chipsmore..Yang oreo campur chipsmore tu , ramas je la biskut-biskut tu jadi halus. Campur kedua-keduanya sekali dan masukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dituangkan ramuan
Resipi aiskrim tu sama je la dengan yang sebelum ni. Masukkan santan , krimer sejat dan susu pekat manis bersama 4 tin air. Panaskan. Bila mendidih , masukkan gula melaka , tepung jagung untuk pekat dan sedikit garam untuk rasa lemak
Dah siap semua , masukkan ramuan dalam plastik aiskrim yang telah diisi dengan choki choki atau oreo campur chipsmore tadi. Kemudian peram dalam peti ais. Anakku pagi-pagi lagi sebelum pergi taska dah cilok sebatang dua aiskrim tu
Resipi lengkap aiskrim choki choki versi abuya DISINI
Aiskrim choki choki dan aiskrim oreo campur chipsmore sedia untuk diratah. Ermmm... nyaman sekali
Selamat mencuba!
Hihihi...laku ya...sehari dah habis...alhamdulillah boleh dikomersialkan ni :)
ReplyDeletewahhh dah ramai dah yg try ni .... ramai review sedap
ReplyDeleteRAJIN CIKGU BUAT ESKRIM MSIA ANEKA RASA SEDAP TU..
ReplyDeleteSedap sangat apatah lagi dengan cuaca panas sekarang ni..
ReplyDeletetengok gambar pun nampak cam dah sedap..tak rasa lagi tuu..tu yang laku sangat2 tu yee =)
ReplyDeletesalam kenal,
Rafie #456
sedapnya tengok aiskrim tu. tambah2 musim panas skrg ni mmg best la nak makan ^_^
ReplyDelete