Ye ,masa duduk di kampung asal kami dulu (kampung bukit pepari) , tempat aku dibesarkan memang meriah , main banjir musim bah , tahan pukat , main bola bayang , pukul bola tenis , main buah pokok getah , masuk hutan teman mak cari kayu , masuk kebun berbukit-bukit , berkelah sekeluarga dalam kebun, main kad donkey ,mandi sungai dan macam-macam kenangan era kanak-kanak yang tak sama macam sekarang dah. Oh indahya zaman itu
Antara kenangan juga yang tak dapat dilupakan ialah amalan bertukar juadah. Bukan setakat bulan puasa , bulan-bulan lain pun dah jadi amalan biasa. Bukan macam orang bandar , jiran sebelah rumah pun tak tahu nama. Nak kenduri kena tempah katering. Tak syok kan
Mak hebat memasak , antara juadah yang aku ingat aku kena hantar kat jiran sebelah (toksu , kak ala , kak yah pakcik sid , pak isa ) masa bulan puasa ialah kerabu pucuk paku kerang , kadang-kadang kerabu pucuk paku perut
Kerabu air tangan mak.. perghh kitorang yang budak-budak ni yang selalu dimomokkan tak suka sayur ni pun boleh ratah begitu sahaja
Macam biasa , hari lainnya jiran pula yang hantar sepinggan juadah. Syok kan duk kampung. Kadang-kadang kami bukan setakat bertukar juadah , seterika klasik yang bubuh arang kat dalam tu pun kami boleh kongsi. Satu seterika boleh kongsi 5 - 6 buah rumah. Tanpa ada pergaduhan
Kadang-kadang bergilir-gilir maraton buat jamuan berbuka. Hari ini rumah kitorang , jemput semua jiran-jiran dekat datang. Esoknya berbuka di rumah kak yah pakcik sid begitulah seterusnya
Aku anak kampung , asal kampung dan selama lamanya aku bangga , aku anak kampung
abuya
#Cabaran20Hari #Day8
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

Indah hidup bermasyarakat di kampung... semua macam satu keluarga...
ReplyDeletehuhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam tu, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
ReplyDeletedulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, memang suasana bertukan juadah ni mekar sungguh kat sana.
hihi, paling best, budak kecik la...
mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
-blogspot : rawatankanser2013
kerabu pucuk paku perut?wahh cmne rsanya tu? first time dengo hehehe
ReplyDeleteAmalan ni sekarang ni kan dah berkurang dah..masing2 cbuk dengan kerja dan tak sempat nak tukar2 juadah dgn jiran daaa
ReplyDelete