SOALAN LAZIM
1-Apa makanan tambahan yang harus saya ambil ..?
2-Apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut..?
1. PROTIN
Fungsi
2-Apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut..?
1. PROTIN
Fungsi
- Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim, Stres, kehamilan, pertumbuhan
- Perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. .
- Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya.
- Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
- Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita.
- Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak.
- Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
- la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
Panduan memilih
- Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
- Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
- Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
- la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.
2. MULTIVITAMIN
Fungsi
- Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
- Menampung kekurangan diet yang kecilan.
- Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
- la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
- Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
Panduan memilih
- Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
- Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
- Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
- Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus.
- lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
- Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya.
- Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah.
- Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.
3. VITAMIN C
Fungsi
- Meningkatkan . respons imun.
- Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
- Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
- Membantu penyerapan besi.
- Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
- Membantu memulihkan luka.
- Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
Panduan memilih
- Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
- la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
- Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
4. ALFALFA
Fungsi
- Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
- Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
- Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
- la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
- Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
- la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
Panduan memilih
- Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum.
- Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
- Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
- Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai..Salah satunya tak lain tak bukan - Alfalfa shaklee
5- VITAMIN E
Fungsi
- Mungkin melengahkan penuaan sel.
- Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
- Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
- Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
- Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
- Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
- Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
- Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
Panduan memilih
- Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
- la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
- Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium.
- Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
6- VITAMIN B COMPLEX
Fungsi
- Membantu memerangi kelesuan.
- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi.
- Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
- Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B.
- Perlu bagi saraf sihat. .
- Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress
- Dalam memilih B kompleks, carikan sesuatu yang bersumberkan kekayaan yis.
- Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
- la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
- Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik.
- Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut
7- LECITHIN
Fungsi
- Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
- Mengemulsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
- Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
- Boleh menurunkan kolesterol.
- Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
- Terdapat beberapa sumber lecitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,
- Namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari kacang soya.
- Carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
- Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lecitin akan terjejas bila terdedah di udara.
8-KALSIUM
Fungsi
- Membina tulang dan gigi yang kuat.
- Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
- Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
- Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
- Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
- Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis.
- Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi membolehkan pertumbuhan. .
- Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
Panduan memilih
- Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
- la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.
9-BESI
Fungsi
- Membina sel-sel darah sihat.
- Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
- Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
- Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
- Membantu mencegah anemia.
- Penting bagi sistem imun anda.
- la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah.
- Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
Panduan Memilih
- Besi ferik hampir mustahil diserapkan.
- Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus.
- Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat.
- Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.
10-ZINK
Fungsi
- Perlu bagi memulihkan luka.
- Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
- Amat penting dalam sistem imun.
- Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
- Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
- Memainkan peranan dalam respons stres.
Panduan memilih
- Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.
- Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
11 - GENTIAN/ FIBER
Fungsi
- Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. .
- Boleh membantu mencegah kanser kolon.
- Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
- Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis.
- Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
Panduan memilih
- Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut.
- la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan.
- Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah.
- Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul.
- Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.
12 - JULAP / LAKSATIF HERBA
Fungsi
- Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
- Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli.
- Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.
Panduan memilih
- Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar.
- Pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
13 - EPA/OMEGA
Fungsi
- Boleh - menurunkan trigliserida.
- Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah.
- Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
- Membantu sakit kepala bersifat migrain.
- Carikan keluaran yang berlabelkan ,,"tanpa rasa susu"...
- Minyak ikan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap.
- Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini.
- carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.
kredit sumber : master cery , master munirah , megastars united group
Muhammad Nizam Yusof
Kadang2 ada yang main makan jer tak de nak pilih2 janji vitamin boleb je.. tq sharing nizam
ReplyDelete