Selamat berhujung minggu. Hujung tahun dan cuti sekolah panjang bakal bermula. Tapi mak-mak ayah sudah tentu telah memikirkan sedikit sebanyak bajet untuk sesi persekolahan anak-anak tahun hadapan, 2019
Untuk penggunaan kasut sekolah warna hitam, pelaksanaannya secara rasmi akan bermula pada tahun 2021. Pekeliling dan kenyataan media telah pun keluar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenyataan Media KPM,
Pelaksanaan Pemakaian Kasut
Berwarna Hitam Oleh Murid Sekolah
Oleh itu :
1. Sekolah tidak perlu mewajibkan pemakaian kasut warna hitam pada tahun 2019
2. Pelaksanaan ini secara berperingkat, mengambil kira pandangan semua pihak terutama syarikat pengeluar kasut, yang mungkin banyak terjejas jika dilaksanakan secara mengejut tahun hadapan. Bagi can diorang habiskan stok kasut putih dulu, ok
3. Untuk mak ayah yang belum lagi beli kasut, boleh teruskan beli kasut putih
4. Untuk ibu bapa yang telah pun beli kasut berwarna hitam (awalnya korang beli) untuk anak-anak, teruskan sahaja memakai kasut tersebut pada tahun hadapan walaupun ramai murid yang masih pakai kasut putih. Elakkan pembaziran jika nak beli sekali lagi kasut putih. Nanti kasut hitam yang dah beli tu bila time nak pakai, kaki dah tak muat pulak
5. Jika pihak sekolah telah mewar warkan ingin melaksanakan keseragaman warna kasut hitam bermula tahun hadapan, ibu bapa yang mana masih belum beli lagi tu, boleh la beli kasut hitam. Pun begitu, kalau nak pakai kasut putih juga, pihak sekolah sepatutnya tiada hak memaksa atau mengenakan denda
Salam singgah pagi ahad
ReplyDeleteAsalam, ada yang kata 2019 dah pakai dah kan..tapi jika jawatan pengawas sekolah biasa kasut hitam dah tuan
ReplyDeleteboleh pakai mane2.. tak wajib lagi hitam... ikut siaran KPM.. pengawas mmg dulu kini selamanya mmg kasut hitam..
DeleteMama suka kalau pakai kasit hitam.. xdelah tgk belacan tetiap minggu heee
ReplyDeleteYuppp
Deletesaya dah beli kasut hitam untuk anak saya. tahun depan saya nak suruh dia pakai. Tak la cepat kotor.. hihi
ReplyDeleteYe... boleh teruskan pakai hitam...no problem.. 2 minggu skali boleh la basuh..
Delete