Korang weeekend weekend ni suka baca resipi jer kan. Nah resipi cara mudah buat taufu fa. Antara juadah wajib berbuka di bulan Ramadhan ialah taufu fa. Dari kecik lagi dah minat taufu fa ni. Sejuk-sejuk dalam peti lagi nikmat. Ni dah jumpa cara mudah buat taufu fa, lepas ni hari hari lah jamu taufu fa saje gamaknya. Buat homemade, tak payah nak beli atau pergi pasar malam. Juga tak perlu perah kacang soya
CARA MUDAH BUAT TAUFU FA
Bahan-Bahan :
1 - Air soya 1 liter atau 2 kotak.
2 - Agar-agar tali 1 paket
3 - Daun pandan.
4 - Air kosong secawan - untuk larutkan agar-agar tali.
Bahan kuah gula merah :
1 - Gula merah secawan - ikut nak banyak mana.
2 - Gula pasir 2 sudu.
3 - Air secawan - untuk larut (sama ada suka cair dan manis seperti dijual dikedai).
4 - Daun pandan.
Cara Buat Taufu Fa
Setelah siap penyediaan bahan-bahan di atas, kini cara penyediaan pula.
1 - Masukkan air secawan dalam periuk dan buka api.
2 - Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk berserta daun pandan.
3 - Bila sudah larut masukkan air soya 2 kotak dan biar mendidih .
4 - Tutup api.
5 - Sedia untuk dimasukkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Penyediaan kuah gula merah :
1 - Masukkan semua bahan dan masak atas api sehingga menggelegak.
2 - Tapis sekiranya perlu.
3 - Setelah 4 jam taufu fa dalam peti sejuk, bolehlah sedia untuk dimakan bersama kuah gula merah.
4 - Setelah disiram air gula merah, makan sejuk-sejuk memang sedap dan terangkat!
KREDIT PERKONGSIAN RESIPI : @periukkitaresepikita
BACA ARTIKEL LAIN
CARA BUANG ANGIN MEDU DAN SEBU PERUT
PILIH SKINCARE SEMULAJADI DAN SELAMAT, BUKAN TIMBANG KILO
Boleh cuba ni. Taufu fa memang favorite saya.
ReplyDelete